Posts

Showing posts from May, 2016

Hidup di kota

Image
Lajunya hidup di kota kini Sedikitnya Kancil banyaknya Lamborghini Motosikal dan lori ke sana ke mari Yang berjalan dan berbasikal tidaknya dipeduli Untuk ke pejabat memperhambakan diri Sempitnya hidup di kota raya Tibanya malam baru jumpa si ibu ayah Tidak sempat mencerita gusar dan resah Apatah pula kasih untuk dicurah Tiada lagi syurga di rumah Kelabunya hidup di kota mekar Hutan batu tumbuh tinggi meliar Hutan hijau makin terabai terbiar Mana lagi padang untuk ku bersiar Mana lagi pepohon untuk ku bersandar Indahnya hidup di kota manisan Segala onar bisa ku tahan Demi mengisi sesuap makanan Baik di perut mahupun fikiran Kerana di sinilah aku berteman Kerana di sinilah aku bertuhan Sharir Shazni 3 Mei 2016