Posts

Showing posts from May, 2015

The need to be understood

"A writer writes not because he is educated but because he is driven by the need to communicate. Behind the need to communicate is the need to share. Behind the need to share is the need to be understood. The writer wants to be understood much more than he wants to be respected or praised or even loved."  - Leo Rosten

Coretan Jalan Panggong 10 Mei

Nota: Aku bukan kru Dapur Jalanan. Aku marhaen biasa. Dalam pukul 2:30 pm, dapat panggilan dari seorang rakan di pejabat lama. Beliau dan suaminya nak menyumbang 26 bungkusan nasi campur. Alhamdulillah. Terima kasih sahabat. Allah sahaja yang boleh membalas budi kalian. Cuaca sangat baik. Superhero tambahan dari UPM dan UniKL, maaf kalau ada yang tidak tersebut. Ada tiga hero UPM datang tolong aku dalam mengasingkan sisa makanan dan pinggan. Hanya sempat menanyakan nama seorang saja, Kok Hong. Terima kasih Kok Hong dan rakan-rakan atas pertolongan. Hm. Tiada apa yang hendak diperkatakan lagi. Terlalu normal hari ini. Minggu depan aku tiada di Jalan Panggong. Akan ke Kampung Pasir Tumboh, Kelantan. Berpeluang sertai pasukan Impian Kelantan dari DAP. Hashtag syukur hari yang normal.

Kerja rumah filem Interstellar

Image
Nota: Ini adalah entri lama (November 2014) yang telah disunting kembali. Gambar dari space.com Interstellar, arahan Christopher Nolan, pengarah The Dark Knight dan Inception. Filem ini adalah mengenai seorang bekas pilot NASA yang diminta untuk mengetuai ekspedisi mencari planet baru untuk manusia sejagat, sebab bumi dah tak sesuai untuk didiami. Banyak tanaman musnah, jadi sumber makanan pun dah kurang. Ramai orang terpaksa bekerja sebagai peladang, mengabaikan profesi sebenar mereka. Filem ini agak panjang, hampir 3 jam. Tapi itu adalah sesuatu yang sangat berbaloi bagi mereka yang meminati genre sci-fi dan pengarahan Nolan. Filem ini tidaklah berbicara hal sains semata-mata, tapi diselitkan juga mengenai nilai-nilai kemanusiaan. Sejauh mana seseorang itu yang punya kuasa akan melakukan sesuatu untuk menyelamatkan spesies manusia, tetapi dalam masa yang sama terpaksa meninggalkan keluarga sendiri. Logik melawan emosi. Untuk memastikan anda tidak 'tercicir'

Coretan Jalan Panggong 3 Mei

Nota: Aku bukan kru Dapur Jalanan. Ahad, 3 Mei 2015. Syukur hari ini cuaca baik yang amat. Dua tiga minggu lepas asyik hujan. Sebelum ke Jalan Panggong, aku singgah sebentar ke PWTC. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur masih berlangsung, dan kalau betul apa yang aku dengar, hari ini hari terakhir. Pesta Buku Antarabangsa yang tak berapa nak 'antarabangsa'. Kali pertama aku singgah tempoh hari aku beli buku 'The Science of Interstellar'. Satu dokumentasi untuk menerangkan sains di sebalik filem Interstellar arahan Christopher Nolan. Jika anda peminat sains (atau science geek ) dan peminat filem genre sci-fi , wajiblah ke atas anda untuk memiliki buku ini. Maka tiada peluang lagi untuk anda mengadu tidak faham akan apa benda filem Interstellar ini, padahal sudah siap diterbitkan satu buku untuk anda baca dan fahami. Hari ini pula aku beli beberapa buku dari DuBook Press dan satu buku dari Fethullah Gulen iaitu Rahmatan lil 'Alamin, yang dicadangk