Posts

Showing posts from April, 2020

Pesanan kepada Anak

Image
Kepada Anak, A pa khabar Anak di sana? Tempat tinggalnya di mana? Bilakah tahunnya? Jika lebih dilanjutkan soalan ini, bagaimana pula dengan zeitgeist, sudut pandang dunia dan kosmos di sana? Harap baik-baik sahaja. Selain itu, Ayah harap juga hubungan antara kita berdua kekal baik. Jikapun tidak, Ayah harap kita berdua akan dapat mencari masa dan ruang untuk membaikinya. Itulah keajaiban evolusi spesis manusia di mana kita berkebolehan untuk berbahasa bukan sahaja untuk menyampaikan maklumat alam yang tersurat, bahkan turut boleh merungkai segala yang tersirat.  Ada kalanya Ayah mungkin tak pandai untuk berkata-kata lalu membisu. Maka dalam kebisuan itu, Ayah hanya mampu mengajak Anak untuk mendengar dan menghayati serangkap dua lirik daripada lagu Oh Anak. Lagu yang diciptakan oleh M. Nasir. "Perlahan-lahan makan, anak sayang Jangan sampai tercekik paku seluruh alam Berhati-hati minum sayang Jangan sampai tersedak buih satu lautan Perlahan-lahan jalan, sayang