Posts

Showing posts from September, 2015

Pembacaan | Bilangan pelajar yang optimum dalam kelas

Image
Daripada buku David & Goliath: Underdog, Misfits and the Art of Battling Giants. Bab 2: Teresa DeBritto. Dalam bab yang kedua ini Gladwell membincangkan adakah terdapatnya kesan kepada prestasi pelajar jika bilangan pelajar dalam satu-satu kelas dapat dikurangkan. Beliau  menemuramah Teresa DeBritto, seorang guru besar dari sekolah Shepaug Valley Middle School, yang terletak di Connecticut, USA. Umumnya bila kita membicarakan hubungkait antara bilangan para pelajar dalam kelas dan prestasi pelajar, kita akan terus mengatakan semakin kurang bilangan pelajar maka semakin meningkat prestasi mereka. Ini kerana kita beranggapan bahawa guru akan lebih senang dan punya lebih masa untuk menumpukan perhatian pada satu-satu pelajar. Tetapi menurut Gladwell, ia tidak semestinya akan berlaku seperti itu. Beliau memetik beberapa kajian dan soal selidik mengenai hal ini. Dan didapati tiada perubahan yang ketara pada prestasi pelajar apabila bilangan pelajar-pelajar kurang da

"Yang dah ketagih tu, berubahlah"

"Yang dah ketagih tu, berubahlah. Taubat pada Allah" Ayat terakhir pada satu post page FB. Dari pemerhatian, aku berhipotesis bahawa masyarakat masih belum cukup memahami akan masalah ketagihan. Mungkin apa yang mereka faham pun, hanyalah ketagihan pada penyalahgunaan ubat, dadah atau cecair semata-mata. Tapi hakikatnya, ia boleh jadi lebih dari itu. Kelakuan juga boleh mendorong kepada masalah ketagihan. Dan untuk membuangnya tidak seperti kita membuang satu tabiat buruk. Sebabnya masalah ketagihan akan melibatkan psikologi dan fisiologi seseorang itu. Apabila kita membicarakan perihal fisiologi, ia melibatkan intervensi secara biologi. Kadang-kala perlunya pengambilan ubat untuk mengubati ketagihan itu. Bukan semata-mata bertaubat kembali kepada Tuhan sahaja. Dan ia juga perlukan sokongan dari masyarakat sekeliling. Kawan, keluarga, jiran-jiran perlu main peranan. Keterlibatan kau dalam 'mengubah' masyarakat bukan setakat dengan berkata-kata "h

Pencarian

Aku sekarang dalam pengembaraan. Pengembaraan mencari ideologi mana yang sesuai dengan aku; sosialisme atau liberalisme. Untuk menjadi sosialis atau libertarian? Aku tanya kawan aku, dengan diri aku yang betul-betul sangat kosong atau ‘noob’ ini, boleh atau tidak untuk aku membaca terus Das Kapital tulisan Karl Marx. Beliau kata, susah. Beliau pun mampu baca dua muka surat sahaja. Sebabnya Karl Marx menyampaikan poin-poin hujahnya itu berdasarkan konteks sosial di zamannya. Jadi agak sukar untuk kita cuba kait dan fahamkan apa yang cuba disampaikan oleh Marx. Beliau cadangkan untuk membaca tulisan dan ulasan tokoh sosialis pada era yang lebih moden. Pada masa yang sama beliau ada juga ceritakan tokoh-tokoh libertarian. Aku macam suka akan pasaran bebas. Tetapi aku juga suka akan konsep solidariti. Entahlah. Aku ini harus bagaimana?