Posts

Showing posts from June, 2018

Malaysia baru!

Image
Yeah, Malaysia baru! Selama ini asyik guna #KitaMestiMenang, sekarang dah boleh guna #KitaSudahMenang telah penuh gumbira! Terus-terang aku cerita, aku menangis bila ketua SPR (yang lembap sial itu) mengumumkan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah memenangi majoriti kerusi parlimen. Aku tak sangka akhirnya tukar juga parti pemerintah. Aku dah lama beranggapan, akan mengambil masa lagi 20 atau 30 tahun akan datang baru akan berubah. Tapi ternyata sekali, sejarah telah tercipta. Baik, cukup sekadar itu untuk menikmati kemenangan ini. Dah lebih tiga minggu berlalu sejak Mahathir angkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan sekarang dia pun masih lagi dalam proses untuk melantik ahli-ahli baru untuk mengisi kekosongan baki kerusi kabinet. Sebahagiannya telah diisi dan sudahpun menjalankan kerja-kerja mereka, tetapi ada juga kabinet lain yang masih menanti keputusan siapa yang akan menyandang. Bercakap pasal kerusi kabinet ni, satu lagi perkara yang aku tidak sangka ialah Ustaz Maszlee di