Posts

Showing posts from July, 2016

Jantina, gender, seks

Sekarang aku sedang membaca Policing Sexuality, tulisan Julian Lee. Masih lagi di bab pertama, tapi sudah cukup membuatkan aku berfikir pelbagai perkara. Antaranya yang ingin aku kongsikan di sini adalah keperluan asas kehidupan sesuatu organisma dan bagaimana terbentuknya gender dalam diri seseorang. Pertamanya adalah keperluan asas sesuatu organisma. Adakah tepat untuk mengatakan reproduksi adalah perkara asas? Adakah mengawan itu adalah sesuatu yang sebegitu penting? Adakah keinginan untuk memanjangkan kelangsungan genetik itu adalah sesuatu kehendak yang disedari? Semakin lama aku fikir, semakin tidak aku merasakan. Ini kerana terdapat juga hidupan lain selain manusia, melakukan perbuatan seksual tetapi tidak bertujuan untuk pembiakan. Seks digunakan untuk penguasaan. Seks digunakan untuk memperlihatkan kewujudan diri dalam kawanan. Selama ini kita fikirkan manusia sahaja yang menggunakan seks untuk mencapai sesuatu selain zuriat, tetapi hakikatnya tidak. Penyataan yang mengat

Warna cahaya yang memancar

Image
Pada aku, ada dua jenis pendekatan dalam kita menjalani kehidupan sesama manusia ini. Sama ada dengan keresahan dan kemarahan atau berkasih sayang dan cinta. Dan sememangnya aku akan memilih jalan penuh kasih sayang.  Jalan penuh ihsan.  Jalan penuh kemaafan. Apakan daya, dalam kesungguhan aku berjalan di atas jalan ini, adakala aku turut terbabas. Tetapi ada juga mereka yang percaya dan berkata dengan ketegasan, kegerunan, resah dan paranoid itulah; akan memastikan dunia ini aman dan teratur. Walhal dengan terang, pendekatan ini langsung tidak berguna.  Akan tetapi tidak adil juga untuk kita mengutuk dan mengecam pada mereka yang menggunakan cara itu. Kerana kita tidak tahu, mungkin mereka sudah lama hidup di dalam kitaran yang sebegitu. Bertahun-tahun diajar, diasuh, didoktrin mengenai cara hidup ini. Tiada siapa yang dapat memilih dunia yang mana satu kita akan dilahirkan. Dunia kebencian atau dunia kasih sayang. Perbuatan jahat dibalas jahat, itu adalah dendam.  Perbuatan