Jantina, gender, seks

Sekarang aku sedang membaca Policing Sexuality, tulisan Julian Lee. Masih lagi di bab pertama, tapi sudah cukup membuatkan aku berfikir pelbagai perkara. Antaranya yang ingin aku kongsikan di sini adalah keperluan asas kehidupan sesuatu organisma dan bagaimana terbentuknya gender dalam diri seseorang.

Pertamanya adalah keperluan asas sesuatu organisma. Adakah tepat untuk mengatakan reproduksi adalah perkara asas? Adakah mengawan itu adalah sesuatu yang sebegitu penting? Adakah keinginan untuk memanjangkan kelangsungan genetik itu adalah sesuatu kehendak yang disedari? Semakin lama aku fikir, semakin tidak aku merasakan. Ini kerana terdapat juga hidupan lain selain manusia, melakukan perbuatan seksual tetapi tidak bertujuan untuk pembiakan. Seks digunakan untuk penguasaan. Seks digunakan untuk memperlihatkan kewujudan diri dalam kawanan. Selama ini kita fikirkan manusia sahaja yang menggunakan seks untuk mencapai sesuatu selain zuriat, tetapi hakikatnya tidak. Penyataan yang mengatakan seks itu fitrahnya adalah untuk mendapatkan anak harus disemak semula. Yang seks haruslah melibatkan zakar memasuki faraj, dan andai kata berlaku selain itu dikatakan songsang dan melawan hukum alam; harus difikirkan semula.

Keduanya adalah pembentukan gender dalam diri seseorang. Aku menjadi lelaki ini, adakah betul aku sendiri yang mahu menjadi lelaki, atau sebenarnya dibentuk oleh masyarakat untuk menjadi lelaki. Sebaik sahaja seseorang itu dikenali sebagai perempuan (contoh), serta-merta bayi itu digelar perempuan, lalu akan dilatih dan diajar untuk berkelakuan dengan penuh kewanitaan. Jika berkelakuan dan mempunyai peribadi yang melanggar konsep kelakian atau konsep kewanitaan mereka itu, di mana ia adalah satu konstruk sosial semata-mata; seseorang itu akan dikecam dan diarahkan untuk mematuhi kelakuan yang 'sebenar', sejajar dengan jantina kau.

Aku tidak tahu. Aku masih berfikir. Tidak berani aku katakan apa yang aku katakan di atas itu betul semuanya. Mungkin salah dan merepek sahaja.

Tuhan saja tahu.


Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi