Posts

Showing posts from January, 2022

Apa khabar kerajaan "Melayu Islam"?

Image
Nak cakap pasal politik sikit. Makin lama aku tengok makin kerap pula perselisihan antara UMNO dan PAS. Makin dekat pilihanraya negeri Johor, makin rancak bergaduhnya. Sebenarnya, pada aku, ini normal. Kedua-dua organisasi ada pendekatan dan strategi sendiri dalam perjalanan politik mereka. Jadi, tak ada masalah pun. Cumanya, ia kelakar. Kelakar sebab dahulunya mereka, dan para penyokongnya, yakin benar bahawa pakatan politik atas dasar Melayu dan Islam adalah jawapan dalam pembentukan negara. Sekarang, apa jadi? Apa khabar dengan "Kerajaan Melayu Islam"? Apa khabar dengan "pemuakatan atas nama ummah"? Kalau dahulu, bukan main rancak nak cari keadilan Adib. Kalau dahulu, bukan main rancak main isu BMF. Kalau dahulu, bukan main rancak persoal lantikan menteri berbangsa bukan Melayu. Berlambak-lambak isu perkauman dimainkan suatu ketika dahulu. Begitu mudahnya menunggang identiti bangsa agama dalam politik. Yang lain-lain pun sama, tak cerdik juga. Percaya sangat deng

Siapakah Shazni?

Image
Siapakah diri aku? Jawapannya mungkin bergantung kepada keadaan dan waktu soalan itu ditanya. Aku baru baca balik entri-entri aku yang lepas dalam blog ini. Ada entri aku berpuisi. Ada entri aku berbahasa penuh puitis. Terasa Shazni yang lain. Bukan Shazni pada waktu dan ketika ini. Maka, sebab itulah aku terdetik untuk menanyakan soalan tadi; siapakah aku? Dalam masa 15 tahun, semenjak melangkah ke “alam dewasa”, banyak fasa aku dah lalui. Banyak benda aku belajar dan macam-macam perubahan berlaku pada diri aku. Bagaimana agaknya 15 tahun akan datang? Itupun, kalau aku masih ada lagi di sini pada 15 tahun akan datang.

Menghitung hari

Image
Pada waktu aku menulis entri ini, aku sedang berada di kedai cuci kereta. Ada lagi dua kereta sebelum sampai giliran kereta merah lama itu. Aku sedang menghitung hari. Berkira-kira hari, bila lah nak habis bulan Januari. Kemudian, bilalah nak habis bulan Februari. Banyak benda yang aku nak ia selesai secepat mungkin. Penat nak menghadap. Aku nak cerita sini, tapi masalahnya terlalu peribadi pula. Harapnya Shazni di masa hadapan dapat ingat balik apakah bendanya itu. Lagi satu kereta sebelum sampai ke kereta aku. Dalam kelekaan aku menghitung hari untuk berlalu, membuatkan aku terfikir sejenak, adakah aku menikmati masa-masa ini? Rasa sayang aku mengharapkan detik-detik ini untuk berlalu, tanpa betul-betul hidup pada waktu dan ketika itu. Tapi, apa yang nak dinikmatinya kalau masa-masa ini hanya menyakitkan. Masa-masa ini hanya memakan diri aku. Masa-masa ini membuatkan aku tidak tenang. Alangkah seronoknya kalau boleh biarkan minda dan tubuh ini bergerak secara autopilot sahaja. Penatl

Bagaimana untuk menyampai cerita yang menarik?

Image
Entah, aku tak tahu. Aku bukan penulis yang bagus. Entah apa yang aku tulis di sini. Entah faham atau tidak sesiapa yang baca blog aku ini. Aku sendiri baca pun rasa bosan. Tapi aku nak menulis. Aku nak sampaikan atau paling tidak pun, merakam isi hati ini dari semasa ke semasa. Dalam kepala aku sekarang banyak sangat benda aku nak kongsi. Keinginan untuk beritahu kepada dunia apa yang aku fikirkan ni, membuak-buak rasanya. Tapi aku tak pandai nak bercerita. Aku tak pandai nak susun atur idea. Aku tak pandai nak menulis dan bercerita macam Malcolm Gladwell. Atau Carl Sagan. Macam mana nak jadi seperti mereka?

Berjauhan dengan medsos

Image
Beberapa minggu lepas aku buat keputusan untuk kurangkan masa dengan phone. Terutamanya daripada tengok media sosial. Sebabnya bila aku fikir balik kenapa aku luangkan masa berjam-jam tengok phone adalah kerana untuk tengok medsos. Kebanyakan masa aku guna phone, hanya untuk itu sahaja. Aku tak dapat apa pun. Selain dapat tahu perihal kawan-kawan dan isu-isu semasa, perasaan yang ada selepas itu hanyalah marah dan kecewa. Jujurlah aku cakap, kadang-kadang ada juga rasa menyampah dengan post/twit orang lain. Tapi nak buat macam mana, hak mereka untuk bersuara dan berekspresi. Macamlah tak ada orang menyampah dengan aku, betul tak? Aku juga ada fikir, pemikiran yang aku ada sekarang ini, adakah ia betul-betul pemikiran aku atau hanyalah cerminan daripada apa yang aku lihat di medsos? Benar, kalau tak ada medsos sekalipun, pemikiran seseorang pasti akan dibentuk oleh keadaan sekeliling juga. Cumanya aku fikir, mungkin medsos ni sedikit lain daripada unsur-unsur budaya yang lain. Pengaruh

Demo #TangkapAzamBaki, dah ada orang komen lebih baik tolong gali kubur daripada berdemo?

Image
Hari ini ada demo #TangkapAzamBaki, tapi kali ni aku tak dapat nak turun. Aku tak ada benda apa-apa nak komen. Fikirlah sendiri apa nak jadi dekat negara ni. Aku cuma nak tengok, dah ada atau belum orang komen lebih baik pergi jadi sukarelawan gali kubur daripada pergi berdemo.

Post vaccination fever

Image
"Post vaccination fever" Itu yang doktor tulis dalam slip MC. Masuk sahaja ke dalam bilik konsultasi doktor, terus aku minta MC sebab nak sambung rehat selepas cucuk vaksin pada hari semalamnya. Aku tunjuk kad vaksin yang aku dapat daripada PPV, supaya tidaklah doktor itu ingat aku sengaja reka cerita nak MC. Untuk justifikasi. Tak sangka kesan sampingan Astra Zeneca sebegini rupa pada fisiologi badan aku. Sebelum ni dapat Sinovac. Terasa mual sahaja untuk beberapa minit selepas cucuk, kemudian langsung tak rasa apa-apa. Aku cucuk sebelah pagi, dalam pukul 10:30. Tak rasa apa-apa selain rasa sakit dekat tempat cucuk. Pelik juga, sebelum ni cucuk tak rasa apa-apa pun. Waktu itu, aku berhipotesis bahawa mungkin staf yang cucuk ni tak cukup skil. Petugas-petugas kesihatan mohon jangan kecam. Aku kata "hipotesis". Sampai ke petang masih tak rasa apa-apa. Sampaikan aku terbongkak ingat aku imun terhadap Covid. Di mana kaitannya imun terhadap Covid dan ketiadaan kesan sam

Berehat dari media sosial

Image
Aku lupa bila aku buat keputusan ini. Mungkin pada awal Januari 2022 atau lewat Disember 2021. Aku putuskan untuk mengurangkan masa dengan media sosial (medsos). Twitter, Instagram dan Facebook. Apa sebab aku buat begini? Pertama, sebab aku nak cuba kembali hidup pada masa di mana penggunaan telefon bimbit masih terhad kepada jawab/buat panggilan dan SMS. Waktu di mana kalau kau nak tahu keadaan dan keberadaan seseorang, kita sendiri kena tanya orang itu. Bukannya melihat Story dan ciapan. Kedua, ada kaitan sedikit dengan hujah kedua, aku nak lebihkan aktiviti yang dah lama aku tak buat. Termenung. Ya benar, termenung. Dengan adanya telefon pintar, kita dah lama tak termenung bila menunggu seseorang, contohnya. Selalunya, kita akan keluarkan telefon dari poket lalu skrol dari atas sampai bawah menantikan sesuatu yang menarik, sama ada ciapan mahupun foto. Bermenung adalah antara perbuatan yang dah lama aku tak buat. Biarkan fikiran melayang-layang untuk fikirkan apa sahaja. Melihat kea