Posts

Showing posts from January, 2018

Detik yang membanggakan 2017

Image
Kembali ke pejabat selepas 1 Januari 2018 pada semalam harinya. Aku tiba agak awal, maka pada waktu itu tidak ada orang lain selain Makcik Kamariah, yang sedang sibuk mengelap semua meja dan tingkap aras itu. Tiba-tiba entah dari mana datangnya, untuk seketika aku merasakan ini adalah satu pencapaian sebab dapat “merasmikan” pejabat untuk tahun 2018. Pada pukul 11:00 pagi, Ian memanggil kami semua untuk satu mesyuarat kumpulan. Morning huddle. Selalunya huddle akan dilakukan pada hari Isnin. Seperti biasa, Ian akan memulakan huddle dengan sedikit perkongsian. Usrah pun bermula dengan soalan daripada Ian, “Apakah detik-detik yang membanggakan kalian pada 2017?” Aku kira soalan ini sangat menarik. Tidak mempunyai azam tahun baru sememangnya adalah kebiasaan dalam hidup aku. Tidak pernah sekali aku terfikirkan untuk memasang apa-apa azam. Kerana pada aku, keazaman itu pada asasnya adalah satu keinginan untuk menjadikan diri lebih baik daripada diri yang sebel

Pencarian

Image
Jika ada orang bertanyakan aku apakah yang dikatakan kebenaran, aku tak akan dapat jawab. Aku akan termenung lama, cuba untuk menyusun cebis-cebis buah fikiran dan cuba untuk mencari perkataan-perkataan yang dapat dikaitkan. Tetapi di penghujungnya hanya akan berakhir dengan ungkapan “aku tidak tahu”. Ini mungkin kerana mempersoalkan kebenaran adalah sesuatu yang sangat baru dalam hidup aku. Selama kewujudan di dunia ini, aku tidak pernah sesekali menyemak apakah yang telah diberikan kepada aku sejak kecil. Apakah tempat aku di dunia ini? Kenapa aku boleh berada di sini? Ke mana aku menuju? Ke manakah aku selepas mati? Aku sedar, mungkin akan ada yang mengatakan aku telah sesat. Aku telah lupa segala apa yang telah diajarkan sejak kecil. Aku sudah hilang akidah, katanya. Aku sudah tidak mempedulikan semua itu kerana aku sudah muak untuk hidup seperti bebiri. Asuhan atau didikan yang mereka ujarkan itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah doktrinasi yang telah diajarkan