Posts

Showing posts from April, 2015

Hidup berkeingintahuan

Kalau kau wujud, kau akan bernafas. Kalau kau bernafas, kau akan berbicara. Kalau kau bicara, kau akan menanya. Kalau kau menanya, kau akan berfikir. Kalau kau fikir, kau akan mencari. Kalau kau cari, kau akan mengalami. Kalau kau alami, kau akan belajar. Kalau kau belajar, kau akan membesar. Kalau kau membesar, kau akan mengharap. Kalau kau berharap, kau akan jumpa. Kalau kau jumpa, kau akan ragui. Kalau kau ragui, kau akan persoal. Kalau kau persoal, kau akan faham. Kalau kau faham, kau akan tahu. Kalau kau tahu, kau akan mahu tahu lebih. Kalau kau mahu tahu lebih, Kau hidup. Terjemahan dari iklan National Geographic Live Curious.

Coretan Jalan Panggong 5 April

Image
Nota: Aku bukan kru Dapur Jalanan. Sekadar seorang manusia kudus mencari peluang untuk bekerja secara sukarela. Ahad, 5 April 2015. Ini adalah kali keempat bersama Dapur Jalanan. Seperti biasa, aku akan bersama kumpulan 'pengurusan sisa buangan'. Kumpulan ini terbahagi pula kepada dua; yang mengumpul sisa dan yang membasuh pinggan dan sudu yang digunakan oleh warga yang datang makan. Bahan buangan ini pula bermacam. Sama ada sisa makanan atau sampah yang boleh dikitar atau tidak. Apa yang dimaklumkan pada aku sebelum ini, sisa makanan itu akan dihantar kepada Universiti Malaya untuk dijadikan bahan kompos.  Selalunya Dr Maszlee Malik (kadang-kala panggil ustaz saja, pensyarah dari UIA) akan turun sama, tapi hari ini tidak pula. Kata ustazah (isteri beliau) esok banyak benda yang 'due date '. Apa-apa pun, kerja diteruskan macam biasa. Aku, Syah (yang lebih lama dalam kerja ini) dan Umair (pelajar program foundation dari UIA PJ) bersedia, tunggu mana-mana orang

Kelahiran semula

Carpe diem Seize the day. Sapere aude Dare to know. Cogito ergo sum I think, therefore I am. Zeitgeist The spirit of the time.