Posts

Showing posts from January, 2016

Ringkasan Chapter 1, The Origin of Species

Aku baru sahaja habis baca Chapter 1 buku The Origin of Species. Hampir-hampir aku mahu letakkan saja buku ini dan beralih ke buku Richard Dawkins, The Greatest Show On Earth. Sebabnya lenggok bahasa Darwin sangat klasik, membuatkan aku susah nak faham. Dan aku sendiri pun jarang baca teks lama. Tapi kawan aku kata lebih baik baca Darwin dulu sebab Dawkins banyak rujuk The Origins of Species. Darwin memulakan  dengan mengupas terlebih dahulu perkaitan manusia dalam membentuk ciri-ciri haiwan atau tumbuhan domestik. Sejak bermulanya peradaban manusia, haiwan dan tumbuhan sudah beberapa kali mengalami proses perubahan daripada cirinya yang asal, daripada habitat liar. Sebabnya manusia sendiri yang memilih apakah ciri-ciri yang perlu ada pada sesuatu haiwan atau tanaman itu demi kebaikan manusia itu sendiri. Contohnya, tembikai yang besar dan manis, jagung yang tahan cuaca sejuk, etc. Contoh terdekat yang mungkin senang untuk kita lihat, bagaimana wujudnya pelbagai jenis kucing a