Posts

Showing posts from October, 2019

Anak bulus dan anak manusia

Image
Aku dah ada empat ekor kucing. Anak-anak bulus, bak kata orang sekarang. Pada penghujung tahun 2012, aku bawa balik Suki dari SPCA Ampang. Tak lama kemudian, pada Mac 2016, teman wanita adik — di mana sekarang dah bergelar isteri  — berikan Melati. Sekitar bulan Julai (kalau tak salah ingatan), ada seorang kawan bertanyakan, mahu tak aku untuk ambil anak-anak kucing. Ada seekor ibu kucing liar yang baru sahaja melahirkan empat ekor anak di depan rumahnya. Menurut doktor vet yang dia rujuk, bila dah cukup sebulan, dia sudah boleh berikan kepada sesiapa yang mahu menjaga mereka. Aku buat keputusan untuk ambil dua daripada empat itu setelah berbincang dengan rakan serumah. Mujur rakan serumah pun cintakan kucing. Muncullah pula Simba dan Juli dalam hidup kami. Agak mencabar juga sebab walaupun aku suka kucing, aku tak pernah menjaga anak kucing. Banyak juga karenahnya, baru aku tahu. Bertambah mujur rakan serumah pandai. Selain beberapa artikel di internet, dia banyak ajar aku.