Posts

Showing posts from January, 2017

Pohon comel burung mulus

Image
Ada pohon comel memikat jiwa Dalam kaca Enak ditatap mata Ribuan puji jutaan puja Cukup waktu disuap baja Sampai waktu disiram cinta Bahagia dibelai tuannya Ada burung mulus merdu suaranya Dalam sangkar Enak memetik irama Ribuan puji jutaan pujaan Cukup waktu dihulur Sampai waktu pelepahnya disisir Bahagia dibelai tuannya Hai Matahari Curahkan cahaya ke hati si pohon Agar dia bangun bersama akar Mengeraskan batang merempuh belukar di hutan Hai Angin Sisipkan semangat ke dada si burung Agar dia terbang melayang bebas Mengibarkan kepak melawan batas di awan Celik dari belaian selimut maya Bangkit dan bersua dengan sang suria Subur fikrahnya menghadap dunia Sharir Shazni 22 Januari 2017

Pantai

Image
Pepasir halus putih itu berlari di celah jemari kaki.  Angin gemalai menyapa muka.  Ombak yang memukul pantai, sesekali membelai kaki s ambil memainkan melodi memujuk agar tanpa segan-silu berenang bersama.  Nun di ufuk, laut bertemu langit.  Matahari mencium bumi.  Di balik selimut biru bumi itu, aneka corak hidupan marin riang berkelana.  Dari sehalus plankton hingga sebesar paus.

Erti menjadi seorang manusia dari Frank Sinatra

Image
"For what is a man, what has he got If not himself, then he has not To say the thing he truly feels But not the words of one who kneels The record shows I took the blows And did it my way" - My Way, Frank Sinatra Apakah ertinya hidup tanpa benar-benar mengekspresikan jiwa dengan sepenuhnya? Apakah ertinya hidup sebagai manusia yang punya keupayaan untuk berfikir tentang bukan sahaja mengenai dunia di sekeliling kita, bahkan juga dunia di dalam minda dan diri masing-masing? Dan tidak takut untuk menyatakan tentang benar dan salah walaupun akan ditentang, dikecam dan dipersendakan hanya kerana berlainan dengan norma masyarakat, masa dan zaman. Asalkan mempercayai segala luahan dan tindakan itu adalah apa yang diri sendiri telah fikirkan berdasarkan segala pencarian, penemuan dan pembuktian. Berbeza dengan yang lain; tidak mahu berfikir dan mempersiakan kebolehan untuk kritis dan kritikal. Di akhirnya, taqlid, mengikut buta tuli. Biarlah aku dicerca hanya keran

2017

Image
Selamat tahun baru buat pembaca-pembaca blog ini. Berdasarkan jumlah view yang aku nampak, percaya atau tidak, ya ada juga yang membaca kahkah. Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi membaca segala macam persoalan minda, perkongsian dari pembacaan dan beberapa puisi aku. Terima kasih. Tiada apa yang aku harapkan. Aku tak pernah pasang apa-apa azam bila tiba tahun baru. Cukup sekadar aku terus melakukan apa yang membuatkan aku bahagia; belajar benda baru, bertemu orang yang boleh ajar aku benda baru, mencari diri sendiri dan membuatkan dunia ini, khususnya Malaysia, jadi lebih baik. Tahun 2016 banyak mengajar aku pasal kebahagiaan dan kekecewaan dalam persahabatan, bagaimana untuk terus teguh percaya yang kau perjuangkan dan erti solidariti. Pengajaran yang paling aku akan ingat sampai ke tua adalah pasal kekecewaan dalam persahabatan itu. Tak apa, aku pun dah move on. Mungkin aku juga ada salahnya.  Ada satu projek yang aku sedang terlibat sekarang ini dan mungkin akan m