Posts

Showing posts from March, 2020

Dengan seni, aku waras dan mensyukuri nikmat

Image
Muzik latar: Fur Elise Komposer: Ludwig van Beethoven Sudah masuk hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan. Aku harap kalian semua sihat, sejahtera dan bahagia. Aku percaya semasa duduk dan melepak di rumah sekarang ini, pasti ada yang menonton filem di Netflix, mendengar muzik di YouTube mahupun Spotify atau ada yang sedang bermain permainan video dengan konsol PS4 atau Xbox One. Aku yakin dengan mengatakan bahawa semua ini tidak akan wujud tanpa orang-orang yang amat kreatif di sebaliknya. Kekreatifan adalah suatu ciri yang -- malangnya seringkali tidak diendahkan dan dipandang lekeh -- memastikan kelangsungan spesis manusia itu sendiri. Dengan seni kita dapat menceritkan kisah-kisah epik yang menaikkan semangat pendengar untuk terus berjuang mengharungi kehidupan. Waima cerita-cerita itu mempunyai watak-watak dewa, tetapi kita masih boleh berhubungkait dengannya kerana ia tetap sarat dengan emosi manusia. Dengan seni kita dapat mendengar irama melodi yang me

Hari ke-10 Perintah Kawalan Pergerakan

Image
Semalam dapat khabar yang mengatakan tempoh kawalan pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April. Bertambah gusar pula aku. Kalau tidak banyak, mungkin sedikit cabin fever yang aku rasai sekarang ini. Walaupun aku punya banyak buku untuk dibaca dan judul-judul permainan video PS4 untuk aku habiskan, aku tetap rasa gelisah dan kempunan nak keluar. Aku dah mula rindu tren MRT dan berjalan dalam beberapa ratus meter ke tempat kerja. Tapi apakan daya, mungkin inilah satu-satunya cara yang tinggal untuk menyekat musuh ghaib tak kelihatan. Wah, mudahnya aku melabel COVID-19 sebagai musuh. Walhal kita spesis manusia ini yang lebih menyerupai musuh kepada si Gaia. Semakin lama populasi manusia semakin meningkat. Semakin bertambah bilangan manusia, semakin bertambah kadar penggunaan haiwan-haiwan. Maka semakin terdedahlah kita dengan pelbagai jenis mikroorganisma yang membawa kemudaratan kepada sistem antibodi badan. Inilah harga yang perlu dibayar dalam kemajuan tamadun ma

Hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan

Image
Lagu latar: Shake Your Moneymaker Kugiran: Fleetwood Mac Sudah hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan. Bosan juga. Mungkin inilah apa yang dikatakan dengan cabin fever . Walaupun aku ada PS4, di mana banyak juga judul yang aku belum habiskan, tapi aku tetap rasa bosan. Aku fikir perkataan "bosan" pun tak dapat nak gambarkan dengan tepat apa yang aku rasa sekarang. Sebilangan kecil tentera telah dikerah untuk membantu polis. Hanya seorang wakil daripada sebuah keluarga dibenarkan untuk keluar kalau nak membeli makanan, ubat dan apa-apa urusan lain. Kerajaan ada umum rakyat sekarang boleh keluarkan RM500 daripada Akaun 2 KWSP, bermula April. Aku sedang terbayang bagaimana pula dengan orang yang tiada simpanan KWSP? Atau mereka yang sedikit sahaja simpanannya? Apakah pula insentif dan bantuan untuk mereka? Aku tak tahu apa yang nak diharapkan daripada situasi kini. Tak tahu sama ada mahu beroptimis atau berpesimis. Ada orang kata selepas semua ini reda, kel

Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan

Image
Syarikat tempat aku bekerja dah keluarkan arahan untuk bekerja dari rumah. Nasib baik kami pun dah memang dibekalkan dengan sebuah computer riba setiap seorang. Dan nasib baiklah juga sambungan internet di rumah aku tak ada apa-apa masalah. Sebelum aku pergi dengan lebih lanjut, aku nak beritahu awal-awal apa yang kau akan baca dalam entri aku kali ini. Kau akan terbaca ngomelan seorang rakyat Malaysia yang lelah dengan pentadbiran kerajaan kini. Kerajaan bukan daripada mandat rakyat pilihanraya lalu. Semenjak timbulnya gelombang kedua jangkitan COVID-19 ini, aku lihat kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), agak tidak cekap dalam menangani tugas mereka. Jangan salah faham, kritikan ini aku tujukan khas hanya untuk Menteri KKM, Dr. Adham Baba. Para penjawat awam KKM yang lain adalah wira sejak kes pertama COVID-19. Wira yang tidak didendang. Kau boleh lihat sendiri bagaimana tingkahlaku dia semasa sidang media. Lihat bagaimana dia menyampaikan kemaski

Dakapkan saja Dewa Maut COVID-19 yang kian hampir

Image
COVID-19 tampak semakin lama semakin menakutkan. Itali dah arahkan rakyatnya untuk berkurung di rumah dan negara itu sendiri sudah berada dalam keadaan lockdown .  China pula dengarnya sudah semakin pulih. Bilangan pesakit yang terjangkit yang sembuh hasil daripada rawatan hospital sudah semakin bertambah. Tempoh hari aku ada tonton satu video yang menunjukkan beberapa orang staf kesihatan menanggalkan topeng muka. Aku percaya ia sebuah kelegaan dan kenikmatan yang tak terhingga selepas sekian lama tak menghela nafas tanpa secebis kain menutup hidung dan mulut. Bagaimana halnya di Malaysia? Untuk beberapa ketika Malaysia tak ada Menteri Kesihatan. Kita semua boleh berterima kasih kepada pengkhianat sialan Azmin Ali untuk itu. Seorang Menteri perlu terlibat sekali dalam menangani krisis wabak ini. Aku berpendapat peranan ini penting kerana sudah pasti akan terdapat situasi di mana autoriti seorang menteri diperlukan. Walaubagaimanapun, aku kemukakan penyataan tadi dengan peng

Pemahaman tempoh masa dalam evolusi spesis hidupan

Image
Petikan dari buku Origin of Species oleh Charles Darwin; “There is grandeur in this view of life with its several powers having been originally breathed into a few forms or into one; and that, whilst this planet has gone cycling on according to the fixed law of gravity, from so simple a beginning, endless forms most beautiful and most wonderful have been and are being evolved.” Apa yang aku lihat dan dengar, rata-rata masih ramai yang tidak menerima evolusi sebagai fakta yang nyata seperti mana penerimaan mereka mengenai fakta tarikan gravity dan pergerakan plat tektonik bumi. Antara sebab-sebab yang aku boleh katakan ialah keterbatasan minda manusia itu sendiri dalam memikirkan konsep masa. Masa adalah elemen yang sangat penting apabila kita membicarakan mengenai asal-usul dan evolusi sesuatu spesis hidupan. Untuk sesuatu hidupan berevolusi daripada satu bentuk ke bentuk yang lain, ia perlu memakan masa yang sangat lama. Dalam pada itu juga, kita harus tahu bahawa usia bum