Posts

Showing posts from January, 2021

Dari apa kepada apa

Image
Aku yakin semua orang berfikiran sebegitu. Mungkin itu adalah salah satu perkara yang membezakan spesis kita dengan spesis-spesis yang lain. Sentiasa mencari makna dalam kehidupan. Masing-masing daripada kita punya cara tersendiri dalam pencarian makna tersebut. Ada yang katanya sudah jumpa. Tetapi bukan dia yang jumpa. Mak ayah, atuk opah yang jumpa lalu diwariskan kepada dia. Ada yang jumpa, tapi tak sama dengan cara si anu tadi. Kita namakan dia sebagai Anu A. Sekarang, Anu B kata dia pun jumpa. Dia jumpa melalui cara dia sendiri. Dia kata dia tak boleh terima apa yang keluarganya tunjuk dan ajar sejak dia kecil. Anu B kata selepas beberapa ketika melalui kajian, pembacaan, berdialog, melihat, mendengar, berhipotesis dan eksperimen. Tak kisah pun apakah dan bagaimanakah cara dalam mencari apa-apa benda yang hendak dicari itu. Asalkan diri sendiri bahagia. Harus diingat, lain orang lain cara. Cara Anu A bukan untuk orang macam Anu B dan begitulah sebaliknya. Kepercayaan, atau orang A

Usang, kepercayaan dan berfikir

Image
Kembali berusang ruang ini. User interface Blogger pun sudah bertukar. Jujurnya aku tak tahu apa yang boleh aku nak luahkan di sini. Atau sebenarnya, aku tak tahu apa yang sesuai untuk aku luahkan di sini. Sebab itulah, aku lebih banyak menulis di dalam jurnal peribadi. Dalam diari. Baru sahaja aku menulis tadi. Membuat semakan serba sedikit di mana letaknya kepercayaan peribadi aku sekarang. Tanpa menghuraikan dengan lebih mendalam, untuk elak sebarang tentangan daripada mana-mana pihak sial, aku hanyak boleh simpulkan kepada kalian; sebagai seorang saintis, aku tak tahu. Yang faham, fahamlah. Beginilah kehidupan seorang minoriti tak teriktiraf. Antara puluhan kumpulan minoriti tak teriktiraf di negara ini. Terpaksa sembunyi-sembunyi. Tak boleh tunjuk katanya. Tak layak hidup katanya. Agaknya apalah nasib tahun ini. Kerajaan umum PKP lagi. Tambah pula dengan darurat. Kes jangkitan Covid kian meningkat. Aku pula akan diberhentikan kerja secara rasmi pada 15 Feb 2021. Setelah lima tahun