Posts

Showing posts from February, 2022

Serba sedikit pasal buku Politics of Temporary: Ethnography of Migrant Life in Urban Malaysia

Image
Selesai sudah aku membaca Politics of the Temporary , tulisan Parthiban Muniandy. Buku pertama aku berjaya habis baca selepas lebih kurang dua tahun tak membaca apa-apa buku. Parthiban Muniandy ialah seorang ahli akademik (assistant professor) yang kini bertugas di Sarah Lawrence College, New York. Boleh rujuk sini  untuk maklumat lanjut penulis. Politics of the Temporary: Ethnography of Migrant life in Urban Malaysia diterbitkan pada tahun 2015. Ia sebuah himpunan karangan mengenai pengalaman dan perjalanan Parthiban dalam kajian akademik beliau yang tertumpu pada aspek sosiologi pekerja-pekerja migran di Malaysia. Beliau temubual pekerja-pekerja yang datang dari pelbagai negara seperti Bangladesh, Hong Kong, Nepal dan Myanmar. Dari situ, beliau dapat maklumat seperti cara mereka datang ke Malaysia, jenis pekerjaan dan jawatan yang lazim mereka pegang, rutin kehidupan harian, cabaran hidup di Malaysia dan lain-lain. Selain itu, Parthiban ada juga merungkai isu-isu yang berkaitan denga