Posts

Showing posts from April, 2021

Berjalan-jalan di pekan Kajang: Kemuliaan yang tak terjangka

Image
Pada Sabtu lepas, 3 April, aku bawa teman, Mimiey dan seorang kawan, Fit, ikut sama ke Kajang. Tujuan utama sebenarnya hanyalah untuk bersarapan dengan kopitiam yang aku kunjung tempoh hari. Kedai kopi dan makanan Chop Tong Sing. Kami sampai dalam jam 10:30 pagi. Pengunjung agak ramai. Maklumlah, hujung minggu. Semua ambil peluang nak bersantai dan bersarapan di luar sahaja. Mujur ada meja untuk kami bertiga. Alangkah tak tersangkanya aku yang puan kedai cam kelibat aku. Dia ingat yang aku pernah ke situ Rabu lalu. Kami perkenalkan nama masing-masing. Beliau kata panggilnya sebagai Aunty June. Mimiey dan Fit buat pesanan nak makan roti bakar dengan pandan dan telur separuh masak. Aku makan mi kari. Aku tak sempat nak rasa makanan mereka, katanya sedap. Sesekali kami berborak-borak dengan Aunty June. Beliau bertanyakan serba sikit latar belakang dan perihal diriku. Ada juga kami mengupas hal-hal identiti dan kepercayaan diri, yang aku fikir ada baiknya aku ceritakan di kemudian hari sah

Reviu Zack Snyder’s Justice League

Image
Amat-amat menakjubkan. Itu sahaja yang aku mampu katakan sekarang. Tak mampu untuk hurai lebih sebab minda aku masih tergamam untuk menyusun idea. Kalau ada peluang, silalah tonton dekat HBO Go.