Selamat tahun baru buat pembaca-pembaca blog ini. Berdasarkan jumlah view yang aku nampak, percaya atau tidak, ya ada juga yang membaca kahkah. Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi membaca segala macam persoalan minda, perkongsian dari pembacaan dan beberapa puisi aku. Terima kasih. Tiada apa yang aku harapkan. Aku tak pernah pasang apa-apa azam bila tiba tahun baru. Cukup sekadar aku terus melakukan apa yang membuatkan aku bahagia; belajar benda baru, bertemu orang yang boleh ajar aku benda baru, mencari diri sendiri dan membuatkan dunia ini, khususnya Malaysia, jadi lebih baik. Tahun 2016 banyak mengajar aku pasal kebahagiaan dan kekecewaan dalam persahabatan, bagaimana untuk terus teguh percaya yang kau perjuangkan dan erti solidariti. Pengajaran yang paling aku akan ingat sampai ke tua adalah pasal kekecewaan dalam persahabatan itu. Tak apa, aku pun dah move on. Mungkin aku juga ada salahnya. Ada satu projek yang aku sedang terlibat sekarang ini dan mungkin ak...
Selesai sudah aku membaca Politics of the Temporary , tulisan Parthiban Muniandy. Buku pertama aku berjaya habis baca selepas lebih kurang dua tahun tak membaca apa-apa buku. Parthiban Muniandy ialah seorang ahli akademik (assistant professor) yang kini bertugas di Sarah Lawrence College, New York. Boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut penulis. Politics of the Temporary: Ethnography of Migrant life in Urban Malaysia diterbitkan pada tahun 2015. Ia sebuah himpunan karangan mengenai pengalaman dan perjalanan Parthiban dalam kajian akademik beliau yang tertumpu pada aspek sosiologi pekerja-pekerja migran di Malaysia. Beliau temubual pekerja-pekerja yang datang dari pelbagai negara seperti Bangladesh, Hong Kong, Nepal dan Myanmar. Dari situ, beliau dapat maklumat seperti cara mereka datang ke Malaysia, jenis pekerjaan dan jawatan yang lazim mereka pegang, rutin kehidupan harian, cabaran hidup di Malaysia dan lain-lain. Selain itu, Parthiban ada juga merungkai isu-isu yang berkaitan d...
Comments