Jika ada orang bertanyakan aku apakah yang dikatakan kebenaran, aku tak akan dapat jawab. Aku akan termenung lama, cuba untuk menyusun cebis-cebis buah fikiran dan cuba untuk mencari perkataan-perkataan yang dapat dikaitkan. Tetapi di penghujungnya hanya akan berakhir dengan ungkapan “aku tidak tahu”. Ini mungkin kerana mempersoalkan kebenaran adalah sesuatu yang sangat baru dalam hidup aku. Selama kewujudan di dunia ini, aku tidak pernah sesekali menyemak apakah yang telah diberikan kepada aku sejak kecil. Apakah tempat aku di dunia ini? Kenapa aku boleh berada di sini? Ke mana aku menuju? Ke manakah aku selepas mati? Aku sedar, mungkin akan ada yang mengatakan aku telah sesat. Aku telah lupa segala apa yang telah diajarkan sejak kecil. Aku sudah hilang akidah, katanya. Aku sudah tidak mempedulikan semua itu kerana aku sudah muak untuk hidup seperti bebiri. Asuhan atau didikan yang mereka ujarkan itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah doktrinasi yang telah diajarkan ...
Comments