Posts

Showing posts from November, 2016

Alam dan manusia

Image
Merenung pepohon di bukit lalu disapa angin sepoi dan sesekali terdengar kercipan beburung, sambil aku duduk melepak di balkoni rumah aku yang berada di tingkat empat bangunan kondo ini; membuatkan aku terfikir sejenak. Terdapatkah perkaitan antara perubahan alam dan kemajuan (atau kemunduran) hidupan manusia? Terbukti dari kajian geografi di mana sudah beberapa kali bumi telah mengalami perubahan dari segi bentuk muka buminya. Daripada hutan belantara kepada gurun kontang, daripada lautan kepada gunung-ganang. Dan sudah tentunya manusia masih lagi tidak ada untuk menyaksikan perubahan-perubahan geografikal ini kerana kewujudan manusia secara relatif kepada kewujudan alam semesta ini sebenarnya masih sangat-sangat baru. Tetapi ini tidak bererti dinamika alam ini sudah terhenti. Tidak, ia masih berlaku. Kini kita menyaksikan perubahan iklim global yang semakin memanas. Di kala itu terbitnya persoalan, sejauh manakah kesan perubahan dunia ini pada manusia? Lebih spesifik, ap

Novel 1984 : Bahasa

Image
Selesai membaca novel George Orwell yang paling berpengaruh, iaitu 1984. Sepanjang perjalanan imaginasi aku dalam dunia distopia tahun 1984 itu, aku tidak pernah berhenti berfikir mengenai bahasa. Ada apa dengan bahasa sebenarnya? Kenapa pihak pemerintah di dalam cerita ini sangat menekan penggunaan bahasa di kalangan warganya? Sehinggakan mereka telah mencipta satu sistem bahasa yang baru, dipanggil Newspeak. Olahan daripada bahasa Inggeris yang kita tahu, tetapi diubah dengan mengehadkan dan menghapuskan beberapa perkataan. Sungguh, apa yang kau fikirkan tentang bahasa? Adakah sekadar alat untuk menyampaikan apa yang kau rasa, yang kau fikirkan? Sekilas pandang, seolah-olah hanya manusia sahaja yang boleh bertutur dengan bahasa. Tetapi dikatakan spesis lain juga boleh berbahasa, cuma bukan dalam kerangka "bahasa" seperti yang kita faham. Dan ini adalah dakwaan yang memerlukan lebih banyak kajian dan penelitian. Mungkin tidak salah jika aku mengatakan un