Posts

Showing posts from March, 2021

Berjalan-jalan di pekan Kajang

Image
Aku memandu ke pekan Kajang pada pukul 10 pagi. Matahari sudah mula semakin terik. Aku masuk ke pekan melalui Kampung Baru Sungai Chua. Berhenti untuk entah berapa lama dekat lampu trafik depan Restoran Sate Kajang Haji Samuri. Dalam tengah menunggu itu, aku pandang sekeliling. Sebelah kanan aku ialah pejabat pos yang sudah terbina lama, sekitar 1910 (sumber Kajang Heritage Centre). Reka bentuk binaannya sama dengan pejabat pos dekat Jalan Panggong. Aku pernah dengar satu cerita. Pejabat pos adalah antara institusi yang perlu dibina terlebih dahulu dalam sesebuah pekan atau bandar pada waktu-waktu awal pembukaan mana-mana pekan. “Internet” untuk era tersebut. Kena buat bacaan lebih pasal itu. Setakat ini, aku kategorikan penyataan ini sebagai hipotesis. Aku parkir kereta depan kedai Raaji. Sudah jalan beberapa tapak, kemudian aku tiba-tiba risau pasal caj parkir kereta. Aku pandang sekeliling dan aku nampak sebuah papan tanda, suruh aku muat turun aplikasi SmartSelangor. Selesai masala