Posts

Showing posts from March, 2022

Manusia aneh

Image
Pernah tak kau berhadapan dengan situasi seperti ini; ada seseorang buat tahi dengan kau tak berapa lama dulu, katakan bulan lepas. Dia cakap sesuatu yang menyakitkan hati kau. Dia kutuk, dia hina, rendah-rendahkan penderitaan kau. Ini bukan kes tersalah cakap, tidak. Ini kes dia memang sengaja katakan sesuatu dalam intonasi perli, sindir. Kemudian, hari ini tiba-tiba dia cuba berborak dengan kau dan berlagak seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Mesti ada kan? Rasa WTF tak? Tak ada angin tak ada apa, tiba-tiba nak bermesra. Minta maaf apa pun tak ada. Pukimak gila perangai. Dia ingat kita boleh lupalah tahi yang dia pernah buat tu Setakat ini, aku sekadar buat tak tahu sahaja. Cara mereka datang tegur aku pun melalui mesej, jadi mudah untuk aku endahkan. Aku tak pasti bagaimana aku akan respon kalau ditegur IRL (in real life). Mungkin ada sesetengah kalian akan cakap, jadilah orang yang berjiwa besar, buang yang keruh ambil yang jernih. Pergi mampus. Hidup aku ini sing

“Malaysia masih aman”

Image
(Baca dengan kesedaran bahawa ada hal-hal tersirat di sebalik semua ini) Kita patut bersyukur dengan kehidupan ini. Bangun tidur, makan sarapan, minum kopi, baca buku, main video game, masuk kerja, makan tengah hari, sambung kerja, keluar kerja, makan malam, tengok tv, tidur. Wah, amannya hidup di Malaysia. Betul, aku tak tipu. Cuba tengok dekat kawasan aku ni, mana ada orang mati kebulur. Tak ada. Siap ramai orang beratur dekat Starbucks nak beli Java Chip venti. Kalau ya ada orang miskin sekalipun, kita ada sistem yang akan membantu mereka kan? Kita ada zakat. Kita ada kementerian kebajikan. Percayalah kepada sistem. Systemic racism ? Apa benda tu? Mana ada perkauman. Malaysia dah hampir 65 tahun merdeka. Lagipun, kita tahu kan semua kaum ada peranan dan tempatnya. Dahulu sebelum merdeka, tempat dipanggil Tanah Melayu. Tanah Melayu. Jadi, faham-faham sahajalah. Nak cakap apa lagi? Negara kita makin lama makin maju. Bangunan tinggi-tinggi. Banyak pusat beli-belah. Tandanya ekonomi ran

Fasa kehidupan baru

Image
Tanggal 25 Februari 2022, aku berkahwin. Akhirnya, terpaksa akur dengan kehendak sistem perundangan Malaysia. Iaitu untuk hidup bersama, tinggal berdua dengan seseorang yang berlainan jantina dalam satu rumah tanpa diganggu badan penghabis dana negara; kena daftarkan dahulu sebagai suami isteri. Tahniah untuk sistem. Tapi aku terima sahaja ucapan tahniah yang ditujukan juga kepada aku. Terima kasih ya. Fasa kehidupan yang baru. Sebenarnya, buat masa sekarang dari semasa ke semasa, aku masih tak percaya aku sudah memegang status "suami" kepada seseorang. Agak surreal perasaannya. Mulanya aku fikir tak ada beza pun. Tapi rupanya ada. Sebuah perasaan yang bercampur baur antara bahagia, takut, tak percaya. Seperti ada sebuah beban, pengharapan yang diletakkan ke atas aku. Semua tindak tanduk yang aku akan buat selepas ini, akan ada kesan secara langsung kepada seseorang. Begitu juga sebaliknya, semua tindak tanduknya akan beri kesan kepada aku. Shazni 10 tahun yang lalu tak pern