Fasa kehidupan baru


Tanggal 25 Februari 2022, aku berkahwin. Akhirnya, terpaksa akur dengan kehendak sistem perundangan Malaysia. Iaitu untuk hidup bersama, tinggal berdua dengan seseorang yang berlainan jantina dalam satu rumah tanpa diganggu badan penghabis dana negara; kena daftarkan dahulu sebagai suami isteri.

Tahniah untuk sistem.

Tapi aku terima sahaja ucapan tahniah yang ditujukan juga kepada aku. Terima kasih ya.

Fasa kehidupan yang baru.

Sebenarnya, buat masa sekarang dari semasa ke semasa, aku masih tak percaya aku sudah memegang status "suami" kepada seseorang. Agak surreal perasaannya. Mulanya aku fikir tak ada beza pun. Tapi rupanya ada.

Sebuah perasaan yang bercampur baur antara bahagia, takut, tak percaya. Seperti ada sebuah beban, pengharapan yang diletakkan ke atas aku. Semua tindak tanduk yang aku akan buat selepas ini, akan ada kesan secara langsung kepada seseorang. Begitu juga sebaliknya, semua tindak tanduknya akan beri kesan kepada aku.

Shazni 10 tahun yang lalu tak pernah terfikir yang sebegini rupa masa depannya. Tak akan dapat menyangka. Dan entah apa pula masa hadapan Shazni 10 tahun akan datang dari sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi