IPCC dan projek baju?


Isnin, 23 Ogos 2021

Sudah lama aku tak ada perasaan sebegini. Perasaan cemas, gelisah, thrill bila hari Isnin. Perasaan yang aku dan majoriti populasi yang lain, rasa semenjak masuk tadika. Hampir enam bulan aku hilang rasa sebegini.

Luqman mesej, dia kata mungkin aku boleh buka tempahan baju dengan bermotifkan lukisan aku. Idea yang menarik. Tron dan Shon pun ada cakap tempoh hari.

Projek Baju 2021. Mana tahu boleh jadi.

Hari ini aku belajar perihal Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC). Tugas mereka adalah untuk menasihati kerajaan-kerajaan untuk mengambil tindakan yang terbaik dalam menangani krisis perubahan iklim. Nasihat mereka adalah berpandukan penemuan-penemuan daripada kumpulan saintis.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi