Posts

Showing posts from April, 2017

Anak itu bukan kain putih

Image
Menurut bayangan di dalam minda aku, seorang anak itu adalah sekeping papan sudah tersedia warnanya yang tersendiri. Tetapi warna itu diselaputi satu lagi lapisan warna, yang berwarna hitam. Tugas kita pula sebagai orang dewasa yang melindungi dan membesarkannya, sekadar perlu mengikiskan selaput hitam tersebut agar warna gemilang yang tersembunyi itu terserlah indah. Mereka sudah punya warna. Dengan beranggapan anak itu selembar kain putih, ia hanya akan menimbulkan masalah kepada ibubapa itu sendiri bilamana mereka kecewa apabila anak itu tidak menjadi seperti mana apa yang ibubapa itu mahukan. Berapa banyak sudah cerita-cerita yang kita dengari, anak yang tertekan apabila ibubapa mereka menentukan arah tuju kehidupannya. Disuruhnya untuk belajar Biologi untuk jadi doktor, walhal anak itu pandai melukis dan mahu jadi seakan Frida Kahlo. Disuruhnya pergi ke kelas piano, walhal anak itu suka benar dengan gitar dan mahu jadi seakan Jimmi Hendrix. Hanya kerana anak i

Mutiara biru

Image
Di tengah hamparan fabrik ruang-masa ini, adanya kita. Mendiami apa yang dikatakan guli, atau mutiara biru.   Di atasnya setiap insan yang kau pernah cintai, sedang mencintai dan akan cintai. Di atasnya ada setiap insan yang kau pernah kenali, sedang mengenali dan akan mengenali. Di atasnya ada setiap jiwa yang mahu menjadi apa sahaja, berbuat apa sahaja dan memikirkan apa sahaja. Menjalani kehidupan mereka. Longgokan segala rasa suka dan duka, segala perwira berani dan pembelot kecut, segala pencipta dan pemusnah, segala penakluk dan tertakluk, segala pencinta dan pembenci, segala pasangan muda yang bercinta, segala pasangan tua yang bersenda, segala orang seni yang mencurah inspirasi dan segala politikus yang penuh korupsi.  Pernah, sedang dan akan berkelana di atas butir habuk yang tergantung di sebalik sinaran matahari. Bumi yang dirasakan luas, hutan hujan yang dirasakan lebat, lautan biru yang dirasakan luas sejauh pandangan yang terlontar; hakikatnya hanyalah seka