Posts

Showing posts from May, 2022

Tiada kemanisan dan berseluar pendek atau panjang?

Image
Aku dah sembuh daripada Covid. Pada penghujung tempoh jangkitan, aku macam rasa ada perubahan pada deria rasa dan deria bau. Aku tak dapat nak rasa manis. Masa makan aiskrim, aku tak rasa apa-apa yang manis selain rasa sejuk. Masa minum kopi, hanya dapat rasa pahit kopi dan tak rasa manis gula. Ya betul, aku letak gula dalam kopi. Bukan masalah besar pada aku pun. Sekarang dah semakin baik, dah makin kembali ke keadaan asal. *** Sekejap lagi aku akan ke lapangan terbang. Hantar kawan sebab dia nak ke Sabah atas urusan kerja. Satu permasalahan timbul dalam minda aku. Patutkah aku pakai seluar panjang atau pakai seluar pendek?  Sejak 2017, aku dah memang berseluar pendek untuk ke mana-mana, kecuali bila ke majlis tertentu. Malaysia beriklim panas, untuk apa aku nak menyeksa diri pakai seluar panjang? Begitulah logik aku kini. Kembali kepada permasalahan tadi. Aku macam ada sebuah memori yang mengatakan KLIA sejuk. Sejuk hawa dinginnya. Jadi, untuk kali ini, lebih baik aku berseluar panja

Hari ketiga bersama Covid-19

Image
Hari ini adalah hari ketiga aku bersama Covid-19. Setakat ini, gejala-gejala yang berkaitan sudah semakin berkurang. Selsema dan sakit tekak dah tak ada. Suhu badan dah turun ke 37.1 darjah Celcius. Tapi badan masih lesu-lesu lagi. Seharian aku duduk dalam bilik. Kasihan dekat anak-anak aku. Mereka nak masuk. Tapi aku tak dapat nak benarkan sebab takut terjangkit. Menurut beberapa artikel yang aku baca, selalunya gejala-gejala yang mereka akan dapat antaranya kelesuan, selsema, bersin. Aku dapat SMS daripada CAC Sepang, minta aku hadir ke sana untuk pemeriksaan kesihatan. Selepas menelefon dan bercakap dengan seorang pegawai di CAC Sepang itu, aku tak perlu hadir sebab gejala-gejala dah berkurangan. Ini membuatkan aku terfikir; kalau individu (positif Covid-19) yang tak ada kenderaan sendiri, bagaimana dia nak ke CAC? Adakah pemandu Grab akan terima penumpang yang positif Covid? Aku pun tak terfikir nak tanya pegawai CAC tadi.  Esok hari keempat. Menurut SOP terbaru, aku perlu buat uji

Aku dapat Covid-19

Image
Sesuatu yang tak dapat dielakkan akhirnya tiba. Aku dapat Covid-19. Aku dah rasa sakit tekak sejak semalam. Bangun pagi terus buat ujian kendiri, sampel guna air liur dekat gigi, langit mulut, lidah. Keputusan agak kabur tapi nampaklah juga garisan dekat T. Hari ini hari pertama jangkitan. Aku dah laporkan ke dalam MySejahtera. Kena kuarantin dalam rumah sampai 16 Mei. Selamat Hari Guru. Mula-mula Mimiey (isteri) yang dapat dulu pada hari Ahad. Aku syak puncanya tak lain dan tak bukan adalah masa sambut Hari Raya di kampung. Pergi sana sini, jumpa saudara-mara; memang mendapatlah. Apa boleh buat. Hadap sahajalah. Aku pun dah lama bersedia untuk hari ini. Covid-19 dah merata-rata. Memang tunggu masa untuk aku dapat. Setakat ini, gejala aku adalah lemah badan, selsema dan sakit tekak. Sakit tekak pun dah berkurang sejak aku bangun tidur petang lebih kurang pukul 4:00 petang tadi. Oh ya, ada sedikit rasa panas dan pening kepala. Pun dah berkurang lepas tidur tadi. Kalau nak lihat secara p

Taiping dan aku sama sahaja, kami berubah

Image
Hari Raya kedua. Petang. Tak tahu nak buat apa, lalu aku ambil keputusan untuk jalan-jalan ambil gambar filem 35mm sekitar Taiping. Aku parkirkan kereta berdekatan dengan bangunan yang suatu ketika dulu adalah pasaraya Fajar. Sekarang dah jadi Raintown Plaza. Baru terfikir nak masuk dan naik sampai ke atas, tapi tutup pula. Waktu dulu, masa aku remaja, selalu ke situ untuk belek-belek alat tulis. Kalau ada duit lebih sikit, cari kaset lagu. Ketiga-tiga pasar lama Taiping tengah dalam proses baik pulih. Ayah kata dah herot-berot struktukrnya sebelum ini. Pasar ni dah digazetkan oleh kerajaan, maka sebarang ubahsuai harus mengekalkan binaan asal bangunan. Warisan sejarah. Tak banyak sangat aktiviti penduduk. Cuti umum kan. Gambar-gambar yang aku ambil pun lebih tertumpu kepada objek-objek rawak dan struktur-struktur bangunan yang aku kira agak unik atau bersejarah Dah makin lain pekan ini. Tak seperti dulu waktu aku remaja. Apapun, ia sesuatu yang sepatutnya aku duga. Perubahan pasti aka

Tamat sudah tempoh derita dan esok raya!

Image
Gila betul. Tak sangka Hari Raya tiba sehari lebih awal daripada jangkaan. Kalau ikutkan kalendar, raya sepatutnya pada hari Selasa, 3 Mei. Tapi entah macam mana, raya tahun ini jatuh pada 2 Mei. Semua orang terkejut. Dua tahun Hari Raya Pandemik, tahun ini Hari Raya Panik bak kata orang. Sebelum raya, bulan puasa. Dan macam biasalah, setiap tahun pada bulan puasa, pasti akan ada drama dekat negara ini. Dan macam biasalah, isu makan di tempat awam akan timbul. Pada aku, jelas. Suka hati orang nak buat apa pun. Setiap orang ada kebebasan. Setiap orang bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak membahayakan orang lain. Setahu pengetahuan aku, menyuapkan makanan ke dalam mulut sendiri, adalah sebuah perbuatan yang tidak membahayakan orang lain. Tetapi malangnya ini Malaysia. Negara aneh. Agama dan kepercayaan ditentukan oleh pemerintah. Menitikberatkan penjenamaan dan luaran agama berbanding penghayatan di lubuk sanubari insan, It is a losing battle. Pada aku, tak ada gunanya kita habiskan