Tamat sudah tempoh derita dan esok raya!


Gila betul. Tak sangka Hari Raya tiba sehari lebih awal daripada jangkaan. Kalau ikutkan kalendar, raya sepatutnya pada hari Selasa, 3 Mei. Tapi entah macam mana, raya tahun ini jatuh pada 2 Mei. Semua orang terkejut. Dua tahun Hari Raya Pandemik, tahun ini Hari Raya Panik bak kata orang.

Sebelum raya, bulan puasa. Dan macam biasalah, setiap tahun pada bulan puasa, pasti akan ada drama dekat negara ini. Dan macam biasalah, isu makan di tempat awam akan timbul.

Pada aku, jelas. Suka hati orang nak buat apa pun. Setiap orang ada kebebasan. Setiap orang bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak membahayakan orang lain. Setahu pengetahuan aku, menyuapkan makanan ke dalam mulut sendiri, adalah sebuah perbuatan yang tidak membahayakan orang lain.

Tetapi malangnya ini Malaysia. Negara aneh. Agama dan kepercayaan ditentukan oleh pemerintah. Menitikberatkan penjenamaan dan luaran agama berbanding penghayatan di lubuk sanubari insan,

It is a losing battle. Pada aku, tak ada gunanya kita habiskan tenaga untuk lawan benda ini. Ayuh kita bersolidariti sesama kita sahaja. Kita yang tak mahu atau tak boleh berpuasa; atas sebab-sebab tertentu. Beli sahaja makanan lalu makanlah kita dalam ruang peribadi.

Dan bila tiba Hari Raya, ayuh kita bersorak gembira kerana habis juga bulan yang penuh derita.

Esok raya!

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi