Biografi

Kebelakangan ini aku terfikir nak tulis biografi tentang diri aku.  Saja suka-suka. Maka, tadi aku cuba mula menulis.

Dalam sepuluh minit begitu, aku tersekat. Tak tahu nak tulis apa. Aku tengok penulisan aku itu pun, macam berterabur ceritanya.

Kemudian aku pun cari apa-apa video tunjuk ajar untuk buat biografi di YouTube. Aku jumpa satu video ni, dia minta sebagai permulaan, senaraikan 100 detik-detik memori sepanjang waktu kehidupan. Dia suruh senaraikan dalam masa 30 saat, maksimum. Aku hanya sempat buat sampai 27.

Dia kata jangan fikir panjang sangat. Tulis sahaja apa-apa yang terlintas di fikiran. Tapi malangnya, aku ambil juga masa untuk ingat mana-mana detik yang aku rasa nak tulis.

Kemudian, entah kenapa, aku rasa ada pelbagai perasaan datang sekaligus. Aku berasa sedih, terkilan dan gembira. Sampai mengalir air mata.

Cukuplah untuk hari ini. Esok-esok aku sambung balik dengan senarai tu.

Mencabar juga nak buat benda alah biografi ni.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Serba sedikit pasal buku Politics of Temporary: Ethnography of Migrant Life in Urban Malaysia