Posts

Showing posts from August, 2021

Marilah kita buat kerja masing-masing

Image
  26 Ogos 2021 Khamis Dari kiri, Fitrah, Alia, Juin dan Pey Chee. Sementara kawan-kawan Dapur Jalanan yang lain berkongsi makanan di hujung lorong kecil sana, mereka buka satu meja dekat kaki lima ini untuk tolong kawan-kawan kota daftarkan diri untuk suntikan vaksin Covid-19. Mudah untuk kita daftarkan diri sendiri untuk dapatkan vaksin tersebut. Mudah juga untuk kita dapatkan maklumat-maklumat berkaitan vaksin dan juga apa-apa maklumat mengenai virus itu sendiri. Sama ada kepelbagaian varian yang muncul mahupun status penyebarannya dalam negara. Mudah untuk kita yang ada telefon pintar, yang ada rangkaian internet, yang perutnya kenyang terisi. Senangnya rasa itu sampaikan ada sesetengah kita lupa bahawa ada kumpulan warga yang tidak mahir dan tidak ada akses untuk semua ini. Wabak Covid-19 memperlihatkan jurang tersebut. Wabak ini memperlihatkan wujudnya kemiskinan digital dalam masyarakat. Mahiaddin dan konconya kata “no one will be left behind”. Lucunya. Mujur ada Fitrah, Alia, Ju

Tukar sistem?

Image
24 Ogos 2021 Selasa Pada 9 Mei 2018, majoriti warga Malaysia telah mengundi keluar Barisan Nasional dari pemerintahan. Sekarang, orang-orang sial itu kembali lagi. Beberapa kali juga aku nampak orang meluahkan rasa di Twitter, mereka kata sia-sia sahaja keluar mengundi PRU 14. Aku faham kegusaran itu. Itulah antara masalah dalam sistem demokrasi berparlimen kita sekarang. Masa kita mengundi, kita hanya boleh mengundi wakil parlimen dan wakil Dewan Undangan Negeri. Kita tak boleh nak mengundi siapa jadi Perdana Menteri. Yang tentukan siapa jadi PM ialah mereka yang menang kerusi di parlimen. Kita tak ada kuasa secara langsung. Maka, pada pendapat aku, yang kita harus suarakan sekarang adalah minta ubah negara ini ke arah sistem demokrasi yang lebih baik. Mengikut apa yang aku faham, untuk pastikan benda ini berlaku, perlu 2/3 undi dalam parlimen. Sebab ia memerlukan penggubahan dalam perlembagaan. Setakat apa yang aku tahu. Kalau ada salah di mana-mana, aku terbuka untuk diperbetulkan.

IPCC dan projek baju?

Image
Isnin, 23 Ogos 2021 Sudah lama aku tak ada perasaan sebegini. Perasaan cemas, gelisah, thrill bila hari Isnin. Perasaan yang aku dan majoriti populasi yang lain, rasa semenjak masuk tadika. Hampir enam bulan aku hilang rasa sebegini. Luqman mesej, dia kata mungkin aku boleh buka tempahan baju dengan bermotifkan lukisan aku. Idea yang menarik. Tron dan Shon pun ada cakap tempoh hari. Projek Baju 2021. Mana tahu boleh jadi. Hari ini aku belajar perihal Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC). Tugas mereka adalah untuk menasihati kerajaan-kerajaan untuk mengambil tindakan yang terbaik dalam menangani krisis perubahan iklim. Nasihat mereka adalah berpandukan penemuan-penemuan daripada kumpulan saintis.

Kedai makan, kesialan dan lukis.

Image
Ahad. 22 Ogos 2021. Keadaan kian lama kian pulih. Ia perlahan, tetapi ada. Ramai orang dah dapat vaksin dan sesiapa yang sudah dua dos , dapat makan di kedai makan. Kedai lain pun dah mula buka dan pelanggan boleh masuk. Contohnya seperti kedai baju. Tetapi memandangkan hubungan sosial itu tampak lebih penting pada pandangan dan keinginan aku setakat ini, maka aku lebih meraikan pembukaan kedai makan. Virus Covid ini tak akan ke mana-mana buat masa sekarang. Mahu atau tidak, kita terpaksa menerima dan belajar untuk hidup bersamanya. Elak tempat tertutup dan sesak. Selalu cuci tangan. Vaksin. Mahiaddin dah turun, naik pula Ismail. Apa sialnya negara ini. Diundi keluar dari pemerintahan, tetapi naik kembali. Apakan daya, negara yang bersistemkan demokrasi berparlimen. Sebab itu saban kali aku katakan, sistem ini yang perlu ditukar kepada sistem yang lebih baik. Aku sudah mula kerap melukis. Syukur dengan teknologi sekarang, aku sudah tidak perlu beli buku lakaran dan pensil banyak-banyak