Posts

Showing posts from April, 2022

Body shaming, hitam putih dan perangai toksik

Image
Hari ini cuti umum sempena Nuzul Quran. Aku tak pasti cuti umum untuk semua negeri atau negeri tertentu sahaja. Dan dengan ini, aku juga nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada sesiapa yang menyambutnya. Banyak benda, isu, kes berlaku dalam beberapa minggu ini. Dan seperti biasalah, sama sahaja dengan kes-kes panas sebelum ini, semua orang begitu sibuk dan begitu pantas nak beri komen masing-masing. Satu benda yang paling aku tak faham ialah punyalah benci sangat dengan tertuduh sampai buang habis prinsip yang dipegang selama ini. Tak mengapalah hina rupa fizikal dia, sebab dia jahat dera kanak-kanak. (allegedly) Aku fikir ia sesuatu yang amat kelakar. Manusia adalah spesis yang aneh. Poof hilang habis moralitinya. Walhal itulah selalu dicanang-canang. Kononnya manusia berbeza dengan haiwan lain sebab manusia punya akal. Butoh. Dan satu lagi benda yang kelakar adalah begitu cepat juga kita memandang dunia ini hanya sekadar hitam dan putih. Antara betul dan salah, antara jaha