Body shaming, hitam putih dan perangai toksik


Hari ini cuti umum sempena Nuzul Quran. Aku tak pasti cuti umum untuk semua negeri atau negeri tertentu sahaja. Dan dengan ini, aku juga nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada sesiapa yang menyambutnya.

Banyak benda, isu, kes berlaku dalam beberapa minggu ini. Dan seperti biasalah, sama sahaja dengan kes-kes panas sebelum ini, semua orang begitu sibuk dan begitu pantas nak beri komen masing-masing.

Satu benda yang paling aku tak faham ialah punyalah benci sangat dengan tertuduh sampai buang habis prinsip yang dipegang selama ini. Tak mengapalah hina rupa fizikal dia, sebab dia jahat dera kanak-kanak. (allegedly)

Aku fikir ia sesuatu yang amat kelakar. Manusia adalah spesis yang aneh. Poof hilang habis moralitinya. Walhal itulah selalu dicanang-canang. Kononnya manusia berbeza dengan haiwan lain sebab manusia punya akal. Butoh.

Dan satu lagi benda yang kelakar adalah begitu cepat juga kita memandang dunia ini hanya sekadar hitam dan putih. Antara betul dan salah, antara jahat dan baik. Tak ada langsung usaha untuk berhenti sejenak dan memandang dengan pandangan yang lebih besar, supaya akan nampak kekelabuan yang berada di tengahnya.

Dah tahun 2022, masih ada lagi yang menghalalkan sikap-sikap toksik dalam sesi pembelajaran dan alam pekerjaaan. Aku tak faham mereka ini. Aku harap mereka tak hairanlah nanti bila keluar laporan yang menunjukkan banyak lagi kes-kes murung dan bunuh diri.

Kadang-kadang akan dengar suara-suara bodoh seperti “aku dulu kena maki, sekarang tengoklah aku, berjaya jadi manusia!”.

Ya benar kau manusia. Tapi manusia apa? Manusia yang tak sedar diri mentalnya kena abuse.

Sudah-sudahlah hidup dalam zaman dulu. Kita kena putuskan kitaran keganasan jasmani dan rohani ini. Apalah gunanya hidup dengan ilmu dan kemajuan yang ada, kalau di akhirnya nanti masih menyembah status quo.


Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi