Kerja baru

Catatan kilat sebelum aku masuk kerja jam 8:30 AM.

Aku masih lagi bekerja dari rumah. Pihak pengurusan pejabat kata besar kebarangkalian akan masuk pejabat pada 1 Ogos. Sepatutnya pada 18 Julai, tapi tertunda lagi. Aku tak pasti kenapa. Mungkin ada beberapa benda yang belum siap di sana. Sebabnya kami akan guna pejabat baru.

Aku sekarang kerja di sebuah syarikat pembuatan dan pembekalan implan pendengaran. Ibu pejabatnya (HQ) di Sydney, Australia. Sudah agak lama aku kerja di sini, sejak bulan Mac.

Tak sangka dapat kerja di sini. Aku suka. Selama ini aku hanya tonton video-video yang menunjukkan mereka dapat mendengar kembali setelah memasang implan dekat telinga mereka. Tak tahu pula ada pusat pengilangannya di Malaysia.

Kalau berkesempatan, aku nak ke Sydney melawat HQnya nanti. Ada seorang staf ni kata, boleh minta tolong dia kalau nak tour pejabat sana.

Mudah-mudahan.


Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Serba sedikit pasal buku Politics of Temporary: Ethnography of Migrant Life in Urban Malaysia