Posts

Showing posts from April, 2016

Cinta atau tanggungjawab

Secawan Nescafe ais serta kehadiran dua sahabat berborak-borak dan entah bagaimana kami membincangkan hal cinta dalam perhubungan khususnya dalam perkahwinan. Adakah kehadiran cinta itu perlu dalam perkahwinan? Aku merasakan ia perlu. Tetapi dua sahabat aku itu mengatakan yang penting adalah tanggungjawab. Dan cinta itu akan datang kemudian. Aku mempersoal; maka di akhirnya nanti cinta yang akan hadir itu hanya kerana keterpaksaan. Satu ilusi. Ibarat satu kerusi yang sudah buruk, diselaputi sahaja dengan cat, diakhirnya cantiklah ia. Tetapi hakikatnya ia masih buruk di balik lapisan cat itu. Itu pun kalau cinta itu hadir. Kalau tidak hadir juga bagaimana? Bukankah untuk terus melakukan sesuatu adalah kerana minat, suka atau cinta akan sesuatu perkara itu? Bersama-sama memberi makan, bersama-sama menyediakan tempat tinggal, bersama-sama membuatkan rumah itu selesa, bersama-sama membesarkan anak; ya itu tidak dinafikan adalah tanggungjawab. Tetapi memberi pasangan itu se

Kebebasan

Aku berpendapat, semua orang bebas untuk melakukan apa sahaja. Selagi mana perbuatannya itu tidak mengganggu kebebasan orang lain. Kita berhak untuk berkata, berhujah, berceramah atau berkuliah apa sahaja, selagi mana idea-idea yang diutarakan itu tidak mendatangkan mudarat dari segi fizikal, sehingga merobek dan menceroboh kebebasan orang lain. Tetapi aku juga berfikir, bagaimana pula dengan kes bunuh diri. Kalau tidak silap aku, seseorang yang cuba untuk membunuh diri, contohnya dia panjat bangunan dan ingin terjun. Jika dia berjaya diselamatkan oleh bomba atau sesiapa, dia akan didakwa selepas itu. Walhal niatnya untuk membunuh diri sendiri itu tidak memberi kesan kepada sesiapa pun. Atau bagaimana?

Rasa bertuhan

Ada kalanya seseorang itu tidak perlu punya kelulusan agama atau apa yang dikatakan 'tauliah' pun, sama ada spesifik mana-mana agama atau agama secara umum untuk bercakap mengenai ketuhanan. Dia mungkin boleh cakap topik sains, etika, falsafah mahupun sejarah. Insan 'biasa' yang di jalanan pun boleh cakap mengenai Tuhan. Selagi ia menyentuh jiwa, sudah cukup untuk aku 'merasai' Tuhan itu. Dan ia lebih melekat dan terpaut di jiwa, berbanding mendengar para lebai dan serban bercakap. Yang tak habis-habis berkata fahaman 'Tuhan' dia itulah yang paling betul semesta alam.

Terbanglah kamu

Terbang mencapai segala di langit Membingit memecah sunyi Sunyi dari suara memberontak Yang Berotak memikir gelora Sang Penglipur Lara yang enak Lunak mengalunkan irama Kononnya kata-kata Maha Esa Yang kau tidak perlu berotak Yang kau hanya perlu ikut patuh tunduk Apatah pula untuk berontak Yang hanya nanti kau dicampak Ke lembah lautan api menggelegak Begitulah ia menjadi sunyi Yang Berotak hilang ruang berbunyi Namun dunia ini tiada yang kekal Isinya mahupun ruang masa asal Akan timbul jua suara segar Tegar mempersoal Sang Penglipur Lara Mengapa begitu mengapa begini Aku dikatakan menipu walhal kau yang berakal mati Namun tidak kau jawab Gagap gugup mengangkat Kitab Lalu dikhabarnya aku melawan Ya Rab Bukan Tuhan yang aku lawan Yang aku lawan Sang Pelipur Lara berlagak Tuhan Walhal sekadar insan Ayuh teman Hidupkanlah fikiran kamu Temukanlah dikau kompas diri Sendiri mencari panduan hidupmu Moga kau sertai kami Membingit pecahkan sunyi Terbang mencap

Kenapa aku membuat kebaikan?

Aku tertanya kepada diri aku, kenapa aku terus-menerus membuat kebaikan ini? Adakah aku ingin betul-betul membantu orang lain atau aku sekadar memuaskan diri aku? Tetapi satu perkara yang aku pasti, aku kurang senang dengan idea iaitu membuat kebaikan untuk ganjaran pahala atau syurga. Malah untuk menerima ucapan terima kasih yang disertakan dengan senyuman. Kerana aku fikir, jika aku membuat kebaikan untuk semua itu, aku rasa merasakan ia tidak tulen, tidak ikhlas. Dan ia bertentangan dengan prinsip aku iaitu hendaklah menganggap dan berkelakuan terhadap seseorang itu sebagai pengakhiran, bukannya sebagai satu perantara untuk mencapai sesuatu. Jadi, untuk apa aku melakukan kebaikan? Kerap juga persoalan ini datang kepada aku. Aku tidak tahu mulanya. Tetapi apa yang aku pasti, aku perlu terus melakukan kebaikan di dunia ini. Akhirnya aku temui jawapannya. Aku melakukan kebaikan kerana aku bersyukur. Aku bersyukur dengan keberadaan aku di dunia ini. Aku bersyukur akan kewujud