Kebebasan

Aku berpendapat, semua orang bebas untuk melakukan apa sahaja. Selagi mana perbuatannya itu tidak mengganggu kebebasan orang lain. Kita berhak untuk berkata, berhujah, berceramah atau berkuliah apa sahaja, selagi mana idea-idea yang diutarakan itu tidak mendatangkan mudarat dari segi fizikal, sehingga merobek dan menceroboh kebebasan orang lain.

Tetapi aku juga berfikir, bagaimana pula dengan kes bunuh diri. Kalau tidak silap aku, seseorang yang cuba untuk membunuh diri, contohnya dia panjat bangunan dan ingin terjun. Jika dia berjaya diselamatkan oleh bomba atau sesiapa, dia akan didakwa selepas itu. Walhal niatnya untuk membunuh diri sendiri itu tidak memberi kesan kepada sesiapa pun.

Atau bagaimana?

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi