Posts

Showing posts from February, 2018

Hujan emas di negeri orang

Image
“Seronok tak menetap di Langkawi” “Bolehlah, simple life. Tak ada tol, kos sara hidup rendah, tenang.” Begitulah antara perbualan aku dengan seorang warga Langkawi yang baru dua tahun berpindah dan menetap terus di sana. Beliau berasal daripada Taman Melawati, Kuala Lumpur. Beliau berpindah kerana memilih untuk tinggal di kampung isterinya dan bekerja terus di situ. Kerjanya sekarang ialah menguruskan pakej mangrove tour sekitar perairan Langkawi. Dan sehingga kini kata-katanya itu terus terngiang-ngiang di dalam minda aku, selain bunyi hempasan ombak dan belaian bayu di Pantai Chenang. Untuk seketika, terfikir juga aku untuk terus berpindah ke sana selepas pencen. Untuk menyara hidup, mungkin aku boleh menyediakan khidmat Uber atau Grabcar kepada warga setempat dan juga para pelancong. Melepak santai sambil di tepi pantai kala matahari terbenam di ufuk dan bersarapan di tepi sawah padi bertemankan sinar pagi yang kian bangkit dari celahan gunung, oh syurga dunia!

Kupasan buku The First Muslim

Image
Membesar dalam keluarga dan persekitaran yang kebanyakan masanya mengamalkan kepercayaan Islam, kisah-kisah perjalanan hidup Muhammad bolehlah dikatakan sudah menjadi sebahagian dalam hidup aku. Daripada kisah awal beliau yang dilahirkan dalam keadaan yatim (bapanya Abdullah mati sebelum Aminah melahirkan Muhammad) sehinggalah kisah di ambang kematiannya, tidak pernah aku meneliti kembali kisah-kisah yang aku dengar dan belajar itu sehingga sekarang. Kata seorang rakan yang mula-mula memperkenalkan buku ini kepada aku, buku ini amat disyorkan jika mahu mengetahui kisah perjalanan hidup Muhammad yang tidak mempunyai elemen-elemen mistik atau mukjizat yang seringkali tidak dapat dipisahkan apabila seseorang menceritakan perihal Muhammad. Ditulis oleh Lesley Hazleton. Seperti apa yang aku baca di Wikipedia dan sedikit deskripsi di kulit buku, beliau banyak membuat liputan di wilayah Asia Tengah dan memiliki dua ijazah dalam bidang psikologi. Secara keseluruhan, aku suka b