Kedai makan, kesialan dan lukis.


Ahad.
22 Ogos 2021.

Keadaan kian lama kian pulih. Ia perlahan, tetapi ada. Ramai orang dah dapat vaksin dan sesiapa yang sudah dua dos , dapat makan di kedai makan.

Kedai lain pun dah mula buka dan pelanggan boleh masuk. Contohnya seperti kedai baju. Tetapi memandangkan hubungan sosial itu tampak lebih penting pada pandangan dan keinginan aku setakat ini, maka aku lebih meraikan pembukaan kedai makan.

Virus Covid ini tak akan ke mana-mana buat masa sekarang. Mahu atau tidak, kita terpaksa menerima dan belajar untuk hidup bersamanya. Elak tempat tertutup dan sesak. Selalu cuci tangan. Vaksin.

Mahiaddin dah turun, naik pula Ismail. Apa sialnya negara ini. Diundi keluar dari pemerintahan, tetapi naik kembali. Apakan daya, negara yang bersistemkan demokrasi berparlimen. Sebab itu saban kali aku katakan, sistem ini yang perlu ditukar kepada sistem yang lebih baik.

Aku sudah mula kerap melukis. Syukur dengan teknologi sekarang, aku sudah tidak perlu beli buku lakaran dan pensil banyak-banyak. Sekarang hanya berbekalkan iPad dan Pencilnya. Aku masih mencari-cari gaya yang sesuai. Kadang-kadang aku berkarikatur, kadang-kadang komik, kadang-kadang tekap. Seronok. Macam dulu-dulu.

Ayah kata, lukislah pasal isu-isu semasa macam Lat buat. Waktu dulu, Lat ada ruang dalam surat khabar News Straits Time. Kartunnya satu petak sahaja, tapi cukup untuknya sampaikan mesej. Mengenai isu politik semasa dengan sedikit unsur jenaka. Setakat ini aku tak pandai lagi untuk buat seperti itu.

Mungkin tidak perlu pun untuk ikut Lat. Mungkin aku hanya kena terus berlatih sampai aku jumpa gaya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi