Tukar sistem?


24 Ogos 2021
Selasa

Pada 9 Mei 2018, majoriti warga Malaysia telah mengundi keluar Barisan Nasional dari pemerintahan. Sekarang, orang-orang sial itu kembali lagi. Beberapa kali juga aku nampak orang meluahkan rasa di Twitter, mereka kata sia-sia sahaja keluar mengundi PRU 14.

Aku faham kegusaran itu. Itulah antara masalah dalam sistem demokrasi berparlimen kita sekarang.

Masa kita mengundi, kita hanya boleh mengundi wakil parlimen dan wakil Dewan Undangan Negeri. Kita tak boleh nak mengundi siapa jadi Perdana Menteri. Yang tentukan siapa jadi PM ialah mereka yang menang kerusi di parlimen. Kita tak ada kuasa secara langsung.

Maka, pada pendapat aku, yang kita harus suarakan sekarang adalah minta ubah negara ini ke arah sistem demokrasi yang lebih baik. Mengikut apa yang aku faham, untuk pastikan benda ini berlaku, perlu 2/3 undi dalam parlimen. Sebab ia memerlukan penggubahan dalam perlembagaan.

Setakat apa yang aku tahu. Kalau ada salah di mana-mana, aku terbuka untuk diperbetulkan.

Apakah sistem yang lebih baik itu? Aku pun tak tahu. Aku hanya tahu sistem sekarang ada masalah. 100 kali keluar mengundi sekalipun, kalau kita masih berjalan dengan apa yang ada, masih tak akan selesai masalah yang kita hadapi selama 18 bulan lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi