Serba sedikit pasal buku Politics of Temporary: Ethnography of Migrant Life in Urban Malaysia


Selesai sudah aku membaca
Politics of the Temporary, tulisan Parthiban Muniandy. Buku pertama aku berjaya habis baca selepas lebih kurang dua tahun tak membaca apa-apa buku.

Parthiban Muniandy ialah seorang ahli akademik (assistant professor) yang kini bertugas di Sarah Lawrence College, New York. Boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut penulis.

Politics of the Temporary: Ethnography of Migrant life in Urban Malaysia diterbitkan pada tahun 2015. Ia sebuah himpunan karangan mengenai pengalaman dan perjalanan Parthiban dalam kajian akademik beliau yang tertumpu pada aspek sosiologi pekerja-pekerja migran di Malaysia.

Beliau temubual pekerja-pekerja yang datang dari pelbagai negara seperti Bangladesh, Hong Kong, Nepal dan Myanmar. Dari situ, beliau dapat maklumat seperti cara mereka datang ke Malaysia, jenis pekerjaan dan jawatan yang lazim mereka pegang, rutin kehidupan harian, cabaran hidup di Malaysia dan lain-lain.

Selain itu, Parthiban ada juga merungkai isu-isu yang berkaitan dengan pekerja-pekerja migran seperti isu perkauman, stigma dan prejudis warga Malaysia terhadap mereka dan kelompongan dan kepincangan sistem instituisi yang mengurus dan mentadbir hal-hal berkaitan pekerja asing.

Cerita seperti apa yang masuk akalnya bila pihak majikan pegang passport.

Cerita seperti tempoh kerja yang lama dan menjerihkan.

Cerita seperti anak-anak bawah umur yang dipaksa jadi pekerja seks.

Pada aku, ia sebuah cerita yang membuka mata. Perasaan yang aku kongsi dengan penulis di bahagian akhir buku; menyedihkan dan hilang harapan.

Aku tak tahu bagaimana situasi pekerja-pekerja asing sekarang. Sama ada pengurusannya bertambah baik atau seperti itu juga. Seperti apa yang Parthiban lihat sewaktu beliau menemubual migran-migran itu.

Dari pengamatan anekdot aku, yang pastinya tidaklah bertambah baik. Paling kurang pun, seperti itu jugalah.

Mereka juga seperti kita. Mahukan duit untuk menyara hidup dengan bekerja. Apa yang bezanya dengan kita warga Malaysia? Tak ada beza. Jadi kenapa kita dan instituisi pentadbiran seperti menganggap mereka ini hanya alatan yang sampai masanya, begitu mudah dibuang begitu sahaja.

Adakah benar negara ini berpegang pada Kesopanan dan Kesusilaan? Adakah benar negara ini sebuah negara harmoni yang merai pelbagai bangsa?

Adakah benar semua itu?

Migran juga manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi