Hari ketiga bersama Covid-19


Hari ini adalah hari ketiga aku bersama Covid-19. Setakat ini, gejala-gejala yang berkaitan sudah semakin berkurang. Selsema dan sakit tekak dah tak ada. Suhu badan dah turun ke 37.1 darjah Celcius. Tapi badan masih lesu-lesu lagi.

Seharian aku duduk dalam bilik. Kasihan dekat anak-anak aku. Mereka nak masuk. Tapi aku tak dapat nak benarkan sebab takut terjangkit. Menurut beberapa artikel yang aku baca, selalunya gejala-gejala yang mereka akan dapat antaranya kelesuan, selsema, bersin.

Aku dapat SMS daripada CAC Sepang, minta aku hadir ke sana untuk pemeriksaan kesihatan. Selepas menelefon dan bercakap dengan seorang pegawai di CAC Sepang itu, aku tak perlu hadir sebab gejala-gejala dah berkurangan.

Ini membuatkan aku terfikir; kalau individu (positif Covid-19) yang tak ada kenderaan sendiri, bagaimana dia nak ke CAC? Adakah pemandu Grab akan terima penumpang yang positif Covid? Aku pun tak terfikir nak tanya pegawai CAC tadi. 

Esok hari keempat. Menurut SOP terbaru, aku perlu buat ujian RTK depan pegawai kesihatan. Kalau negatif, aku boleh dilepaskan daripada perintah kuarantin lebih awal. Kalau masih positif, aku perlu habiskan tempoh kuarantin sampai hari ketujuh.

Godspeed.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Serba sedikit pasal buku Politics of Temporary: Ethnography of Migrant Life in Urban Malaysia