Aku dapat Covid-19


Sesuatu yang tak dapat dielakkan akhirnya tiba. Aku dapat Covid-19. Aku dah rasa sakit tekak sejak semalam. Bangun pagi terus buat ujian kendiri, sampel guna air liur dekat gigi, langit mulut, lidah. Keputusan agak kabur tapi nampaklah juga garisan dekat T.

Hari ini hari pertama jangkitan. Aku dah laporkan ke dalam MySejahtera. Kena kuarantin dalam rumah sampai 16 Mei. Selamat Hari Guru.

Mula-mula Mimiey (isteri) yang dapat dulu pada hari Ahad. Aku syak puncanya tak lain dan tak bukan adalah masa sambut Hari Raya di kampung. Pergi sana sini, jumpa saudara-mara; memang mendapatlah.

Apa boleh buat. Hadap sahajalah. Aku pun dah lama bersedia untuk hari ini. Covid-19 dah merata-rata. Memang tunggu masa untuk aku dapat.

Setakat ini, gejala aku adalah lemah badan, selsema dan sakit tekak. Sakit tekak pun dah berkurang sejak aku bangun tidur petang lebih kurang pukul 4:00 petang tadi. Oh ya, ada sedikit rasa panas dan pening kepala. Pun dah berkurang lepas tidur tadi.

Kalau nak lihat secara positif daripada situasi ini, paling kurang aku dapat imuniti secara semulajadi lepas sembuh nanti (moga sembuh). Aku cuma berharap gejala pasca jangkitan nanti tidaklah seteruk mana (long Covid).

Benda yang tidak seronok daripada situasi ini pula, aku tak dapat nak peluk cium Mimiey dan anak-anak kucing aku.

Fuck you Covid.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi