Lily sakit

Lily sakit. Aku perasan yang dia nak muntah tapi tak lepas-lepas. Macam ada yang tersekat di kerongkongnya.

Pernah jadi sebelum ini. Waktu itu aku tunggu dua tiga hari baru aku bawa jumpa doktor. Doktor terpaksa masukkan dia ke dalam wad untuk pemerhatian lanjut. Kena masuk air. Sebab hasil ujian darah, kandungan air dalam badan Lily amat kurang. Rupanya, sepanjang dua tiga hari itu, dia tak makan minum.

Kali ini, aku tak nak berlengah lagi untuk bawa terus jumpa doktor. Hari Jumaat lepas aku bawa jumpa dan doktor bagi ubat anti radang, antibiotik dan apa lagi entah lagi dua ubat itu. Tapi malangnya hari ini bertambah teruk. Semalam dia tercungap-cungap buka mulut macam susah nak bernafas.

Doktor kata hari itu, perhatikan dia dalam tiga empat hari. Aku tak mahu tunggu. Sekejap lagi aku akan bawa dia ke doktor sekali lagi. Kalau perlu duduk dalam wad, duduklah dia dalam wad. Lagi bagus, sebab dia akan dapat pemerhatian pihak klinik terus.

Ujian darah tempoh hari itu ada juga menunjukkan yang Lily ada virus corona kucing. Doktor kata virus ini tak ada ubat. Buat masa sekarang, apa yang boleh dibuat adalah mengurangkan gejala-gejala yang ada.

Aku tak pasti adakah keberadaan virus dalam Lily yang menyebabkan dia jadi begini. Besar kebarangkalian, ya.

Moga baik-baik sahaja hendaknya.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Serba sedikit pasal buku Politics of Temporary: Ethnography of Migrant Life in Urban Malaysia