“Malaysia masih aman”



(Baca dengan kesedaran bahawa ada hal-hal tersirat di sebalik semua ini)

Kita patut bersyukur dengan kehidupan ini. Bangun tidur, makan sarapan, minum kopi, baca buku, main video game, masuk kerja, makan tengah hari, sambung kerja, keluar kerja, makan malam, tengok tv, tidur. Wah, amannya hidup di Malaysia.

Betul, aku tak tipu.

Cuba tengok dekat kawasan aku ni, mana ada orang mati kebulur. Tak ada. Siap ramai orang beratur dekat Starbucks nak beli Java Chip venti. Kalau ya ada orang miskin sekalipun, kita ada sistem yang akan membantu mereka kan? Kita ada zakat. Kita ada kementerian kebajikan. Percayalah kepada sistem.

Systemic racism? Apa benda tu? Mana ada perkauman. Malaysia dah hampir 65 tahun merdeka. Lagipun, kita tahu kan semua kaum ada peranan dan tempatnya. Dahulu sebelum merdeka, tempat dipanggil Tanah Melayu. Tanah Melayu. Jadi, faham-faham sahajalah. Nak cakap apa lagi?

Negara kita makin lama makin maju. Bangunan tinggi-tinggi. Banyak pusat beli-belah. Tandanya ekonomi rancak. Yang untungnya kita juga. Siapa yang rajin berusaha, dapatlah hasilnya. Yang miskin-miskin tu, mereka malas sebenarnya. Asyik nak harapkan bantuan. Pemalas.

Cuba tengok pemimpin kita. Pergi masjid. Pandai baca doa. Elok benar sebutan Arabnya. Lega rasa ada pemimpin yang sebegitu. Accountability? Apa benda tu? Tak penting. Yang penting, dia Islam, Melayu, lelaki.

Mestilah dia akan bagi bisnes dekat keluarga dia. Sekali-sekala buat side income. Kalau kita ada jawatan, kita pun akan buat benda sama. Kita kena tolong keluarga kita dulu kan? Integrity? Apa benda tu?

Sudah-sudahlah cakap yang bukan-bukan. Malaysia ni elok sahaja. Mereka yang bising-bising tu sebab mereka tak dapat habuan. Ada setengah tu, memang nak jatuhkan Islam. Tak senang punggung tengok Melayu Islam berkuasa. Ketahuilah, ini semua ujian akhir zaman. Fitnah akhir zaman bak kata ustaz dekat Facebook aku tengok semalam.

Bersyukurlah.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi