Manusia aneh


Pernah tak kau berhadapan dengan situasi seperti ini; ada seseorang buat tahi dengan kau tak berapa lama dulu, katakan bulan lepas. Dia cakap sesuatu yang menyakitkan hati kau. Dia kutuk, dia hina, rendah-rendahkan penderitaan kau. Ini bukan kes tersalah cakap, tidak. Ini kes dia memang sengaja katakan sesuatu dalam intonasi perli, sindir. Kemudian, hari ini tiba-tiba dia cuba berborak dengan kau dan berlagak seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini.

Mesti ada kan?

Rasa WTF tak? Tak ada angin tak ada apa, tiba-tiba nak bermesra. Minta maaf apa pun tak ada. Pukimak gila perangai. Dia ingat kita boleh lupalah tahi yang dia pernah buat tu
Setakat ini, aku sekadar buat tak tahu sahaja. Cara mereka datang tegur aku pun melalui mesej, jadi mudah untuk aku endahkan. Aku tak pasti bagaimana aku akan respon kalau ditegur IRL (in real life).

Mungkin ada sesetengah kalian akan cakap, jadilah orang yang berjiwa besar, buang yang keruh ambil yang jernih. Pergi mampus. Hidup aku ini singkat, buat apa aku nak bazir tenaga untuk kongsi kebaikan dengan orang yang tak layak menerimanya?

Dalam masa yang sama, aku terfikir juga, apa yang sebenarnya berlaku dalam kepala otak mereka itu? Apakah proses psikologi mindanya yang membolehkan dia berperangai jelik sebegitu? Tanpa rasa bersalah, tanpa rasa apa-apa. Menarik sebenarnya kalau dikaji.

Aku yakin pasti ada penjelasan dan terma saintifik yang sesuai untuk golongan ini. Cumanya buat masa sekarang, dengan pengetahuan aku dalam psikologi yang kurang atau hampir tiada, aku akan label mereka sebagai pukimak sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi