Dari apa kepada apa


Aku yakin semua orang berfikiran sebegitu. Mungkin itu adalah salah satu perkara yang membezakan spesis kita dengan spesis-spesis yang lain. Sentiasa mencari makna dalam kehidupan.

Masing-masing daripada kita punya cara tersendiri dalam pencarian makna tersebut. Ada yang katanya sudah jumpa. Tetapi bukan dia yang jumpa. Mak ayah, atuk opah yang jumpa lalu diwariskan kepada dia.

Ada yang jumpa, tapi tak sama dengan cara si anu tadi. Kita namakan dia sebagai Anu A. Sekarang, Anu B kata dia pun jumpa. Dia jumpa melalui cara dia sendiri. Dia kata dia tak boleh terima apa yang keluarganya tunjuk dan ajar sejak dia kecil. Anu B kata selepas beberapa ketika melalui kajian, pembacaan, berdialog, melihat, mendengar, berhipotesis dan eksperimen.

Tak kisah pun apakah dan bagaimanakah cara dalam mencari apa-apa benda yang hendak dicari itu. Asalkan diri sendiri bahagia. Harus diingat, lain orang lain cara. Cara Anu A bukan untuk orang macam Anu B dan begitulah sebaliknya. Kepercayaan, atau orang Arab selalu kata iman; bukan boleh diwarisi.


Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi