Usang, kepercayaan dan berfikir

Kembali berusang ruang ini. User interface Blogger pun sudah bertukar. Jujurnya aku tak tahu apa yang boleh aku nak luahkan di sini. Atau sebenarnya, aku tak tahu apa yang sesuai untuk aku luahkan di sini. Sebab itulah, aku lebih banyak menulis di dalam jurnal peribadi. Dalam diari.

Baru sahaja aku menulis tadi. Membuat semakan serba sedikit di mana letaknya kepercayaan peribadi aku sekarang. Tanpa menghuraikan dengan lebih mendalam, untuk elak sebarang tentangan daripada mana-mana pihak sial, aku hanyak boleh simpulkan kepada kalian; sebagai seorang saintis, aku tak tahu. Yang faham, fahamlah.

Beginilah kehidupan seorang minoriti tak teriktiraf. Antara puluhan kumpulan minoriti tak teriktiraf di negara ini. Terpaksa sembunyi-sembunyi. Tak boleh tunjuk katanya. Tak layak hidup katanya.

Agaknya apalah nasib tahun ini. Kerajaan umum PKP lagi. Tambah pula dengan darurat. Kes jangkitan Covid kian meningkat. Aku pula akan diberhentikan kerja secara rasmi pada 15 Feb 2021. Setelah lima tahun di situ, begitu sahaja pengakhirannya. Apakan daya, mungkin inilah harga yang perlu dibayar untuk sebuah dunia globalisasi berjantungkan kapitalisme. Setidaknya itulah yang aku bisikkan kepada diri untuk menyenangkan hati.

Ada orang kata aku ini terlalu berfikir banyak. Overthinking. Adalah lebih baik untuk aku fokus kepada perkara-perkara yang boleh aku kawal dan laksana daripada terlalu memikirkan perkara-perkara yang di luar kawalan. Entahlah. Ada masa aku setuju dengan komentar sebegini.

Ada masanya pula aku tidak boleh bersetuju. Kerana, dengan berfikir terlalu banyaklah aku dapat keluar daripada penjara dogma. Dengan berfikirlah aku dapat mencari ketenangan dan kesenangan,

Begitulah.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi