Dengan seni, aku waras dan mensyukuri nikmat


Muzik latar: Fur Elise
Komposer: Ludwig van Beethoven

Sudah masuk hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan. Aku harap kalian semua sihat, sejahtera dan bahagia.

Aku percaya semasa duduk dan melepak di rumah sekarang ini, pasti ada yang menonton filem di Netflix, mendengar muzik di YouTube mahupun Spotify atau ada yang sedang bermain permainan video dengan konsol PS4 atau Xbox One.

Aku yakin dengan mengatakan bahawa semua ini tidak akan wujud tanpa orang-orang yang amat kreatif di sebaliknya. Kekreatifan adalah suatu ciri yang -- malangnya seringkali tidak diendahkan dan dipandang lekeh -- memastikan kelangsungan spesis manusia itu sendiri.

Dengan seni kita dapat menceritkan kisah-kisah epik yang menaikkan semangat pendengar untuk terus berjuang mengharungi kehidupan. Waima cerita-cerita itu mempunyai watak-watak dewa, tetapi kita masih boleh berhubungkait dengannya kerana ia tetap sarat dengan emosi manusia.

Dengan seni kita dapat mendengar irama melodi yang mendayu-dayu. Ada kalanya kita akan terdengar lagu putus cinta tapi melodi dan ritmanya seakan lagu gembira.Agak aneh di situ, tetapi pada aku ia tidaklah menghairankan. Kerana si komposer mungkin nak katakan, "Tak ada apa yang perlu digusarkan, putus cinta itu normal. Ayuh terus hidup dan nikmatilah hidup".

Dengan seni kita dapat berlawan dengan cyclop, jadi cowboy, jadi Batman, jadi Spider-Man! Aku merujuk kepada permainan video yang aku main di PS4. Untuk beberapa ketika bila aku bermain, aku keluar dari reality dan mengembara di alam fantasi.

Dengan seni, ia membuatkan aku kekal waras dan mensyukuri dengan segala nikmat.

Terima kasih kepada semua Wira Seni. Moga kalian dicucuri rahmat.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi