Dakapkan saja Dewa Maut COVID-19 yang kian hampir
COVID-19 tampak semakin lama semakin menakutkan. Itali
dah arahkan rakyatnya untuk berkurung di rumah dan negara itu sendiri sudah
berada dalam keadaan lockdown.
China pula dengarnya sudah semakin pulih. Bilangan
pesakit yang terjangkit yang sembuh hasil daripada rawatan hospital sudah
semakin bertambah. Tempoh hari aku ada tonton satu video yang menunjukkan
beberapa orang staf kesihatan menanggalkan topeng muka. Aku percaya ia sebuah
kelegaan dan kenikmatan yang tak terhingga selepas sekian lama tak menghela
nafas tanpa secebis kain menutup hidung dan mulut.
Bagaimana halnya di Malaysia? Untuk beberapa ketika
Malaysia tak ada Menteri Kesihatan. Kita semua boleh berterima kasih kepada
pengkhianat sialan Azmin Ali untuk itu.
Seorang Menteri perlu terlibat sekali dalam menangani
krisis wabak ini. Aku berpendapat peranan ini penting kerana sudah pasti akan terdapat
situasi di mana autoriti seorang menteri diperlukan.
Walaubagaimanapun, aku kemukakan penyataan tadi dengan
pengakuran yang bahawa aku mungkin salah disebabkan perspektif yang aku tidak
nampak.
Beberapa hari lalu Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) digemparkan oleh laporan yang berlangsungnya sebuah perhimpunan jemaah tabligh di Sri
Petaling.
Aku tak fahamlah. Kenapa dalam keadaan sebegini parah
pun masih ada lagi yang buat endah tak endah.
Tidak kiralah komuniti apa pun – sama ada komuniti
Islam atau Buddha atau Hindu atau Kristian – hentikan dahulu apa-apa aktiviti
keramaian. Untuk seketika dan sementara waktu, kita semua
perlu bersolidariti sebagai manusia sejagat untuk bersama-sama mengharungi bala
ini.
Tetapi, alangkah malangnya apabila dinasihat, dikatakan
pula ini adalah suatu usaha menafikan hak orang untuk mengamalkan agama. Malang
seribu kali malang.
Kalau begitu, ayuh dakapkan saja Dewa Maut yang sepertinya
kian lama kian hampir.
Nota gambar: Yama. Dewa Maut dalam kepercayaan Hindu.
Comments