Pemahaman tempoh masa dalam evolusi spesis hidupan
Petikan
dari buku Origin of Species oleh Charles Darwin;
“There
is grandeur in this view of life with its several powers having been originally
breathed into a few forms or into one; and that, whilst this planet has gone
cycling on according to the fixed law of gravity, from so simple a beginning,
endless forms most beautiful and most wonderful have been and are being
evolved.”
Apa
yang aku lihat dan dengar, rata-rata masih ramai yang tidak menerima evolusi
sebagai fakta yang nyata seperti mana penerimaan mereka mengenai fakta tarikan gravity dan pergerakan plat
tektonik bumi. Antara sebab-sebab yang aku boleh katakan ialah keterbatasan minda manusia itu sendiri dalam memikirkan konsep masa.
Masa
adalah elemen yang sangat penting apabila kita membicarakan mengenai asal-usul
dan evolusi sesuatu spesis hidupan. Untuk sesuatu hidupan berevolusi daripada satu bentuk ke bentuk yang lain, ia perlu memakan masa yang sangat lama. Dalam pada itu juga, kita harus tahu bahawa usia bumi ini pun sudah berusia 4.452 bilion tahun. Jadi tidaklah sesuatu yang luar biasa untuk sesuatu hidupan untuk berevolusi.
Malangnya manusia
tidak dapat menggarap konsep masa ratusan atau billion juta tahun kerana hala
tuju evolusi manusia itu sendiri bukannya untuk itu. Manusia, seperti hidupan lain; anjing, babi, tenuk, semut, lumut, berikhtiar dari hari ke hari untuk meneruskan hidup. Otak kita hanya akan menyesuaikan dirinya dengan alam sekeliling supaya mudah untuk manusia itu memburu, mencari tempat teduh, mencari pasangan dan bekerjasama dalam kumpulan. Memahami konsep abstrak seperti masa jutaan tahun bukanlah tujuan utama kelangsungan hidup manusia.
Banyak lagi kerja-kerja pendidikan yang perlu dibuat. Tapi, itulah, bagaimana nak memahamkan orang Malaysia pasal evolusi kalua cikgu Biologi sendiri pun tak percaya evolusi? Aku tidaklah kata semua. Ini sekadar ngomelan daripada pengalaman sendiri.
Sedih.
Comments