Hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan


Lagu latar: Shake Your Moneymaker
Kugiran: Fleetwood Mac

Sudah hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan. Bosan juga. Mungkin inilah apa yang dikatakan dengan cabin fever. Walaupun aku ada PS4, di mana banyak juga judul yang aku belum habiskan, tapi aku tetap rasa bosan. Aku fikir perkataan "bosan" pun tak dapat nak gambarkan dengan tepat apa yang aku rasa sekarang.

Sebilangan kecil tentera telah dikerah untuk membantu polis. Hanya seorang wakil daripada sebuah keluarga dibenarkan untuk keluar kalau nak membeli makanan, ubat dan apa-apa urusan lain. Kerajaan ada umum rakyat sekarang boleh keluarkan RM500 daripada Akaun 2 KWSP, bermula April.

Aku sedang terbayang bagaimana pula dengan orang yang tiada simpanan KWSP? Atau mereka yang sedikit sahaja simpanannya? Apakah pula insentif dan bantuan untuk mereka?

Aku tak tahu apa yang nak diharapkan daripada situasi kini. Tak tahu sama ada mahu beroptimis atau berpesimis. Ada orang kata selepas semua ini reda, kelakuan manusia akan berubah. Lebih kerap membasuh tangan, lebih peka dengan keadaan sekeliling dan lebih cakna dengan isu kebersihan diri.

Atau mungkin juga selepas semua ini reda, kita akan sambut riang, berpesta dan bersyukur. Kemudian, ulang semula. Putar balik. Begitulah manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi