Apa khabar kerajaan "Melayu Islam"?


Nak cakap pasal politik sikit.

Makin lama aku tengok makin kerap pula perselisihan antara UMNO dan PAS. Makin dekat pilihanraya negeri Johor, makin rancak bergaduhnya.

Sebenarnya, pada aku, ini normal. Kedua-dua organisasi ada pendekatan dan strategi sendiri dalam perjalanan politik mereka. Jadi, tak ada masalah pun.

Cumanya, ia kelakar. Kelakar sebab dahulunya mereka, dan para penyokongnya, yakin benar bahawa pakatan politik atas dasar Melayu dan Islam adalah jawapan dalam pembentukan negara.

Sekarang, apa jadi?

Apa khabar dengan "Kerajaan Melayu Islam"?

Apa khabar dengan "pemuakatan atas nama ummah"?

Kalau dahulu, bukan main rancak nak cari keadilan Adib. Kalau dahulu, bukan main rancak main isu BMF. Kalau dahulu, bukan main rancak persoal lantikan menteri berbangsa bukan Melayu.

Berlambak-lambak isu perkauman dimainkan suatu ketika dahulu. Begitu mudahnya menunggang identiti bangsa agama dalam politik.

Yang lain-lain pun sama, tak cerdik juga. Percaya sangat dengan orang-orang tua dengan retorik bangsa dan agamanya. Percaya sangat dengan laungan perjuangan yang penuh dengan penjenamaan. Melayu. Islam. Tempek semua tu, terus halalan toyiban?

Sekarang semua senyap. Senyap pasal Adib, senyap pasal BMF. Sekarang semua kongsi-kongsi gambar percutian, gambar kucing sahaja. Tak ada kongsi dah post-post pasal Melayu Islam.

Padan muka kau.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi